24.5.11

::KESIANNYA...::

MACHANG: Tidak sampai sejam selepas mengusung jenazah sepupu, seorang pengawal keselamatan terpaksa pula memikul jenazah anak perempuan yang berusia tiga tahun apabila kanak-kanak itu lemas akibat ‘tertinggal’ sejam dalam Perodua Kancil miliknya di Kampung Morak, Palekbang, Tumpat, kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 11 pagi itu disedari penduduk kampung selepas anak bongsu daripada enam beradik itu, Nor Izzyan Natasya Ishak, dilihat dalam keadaan tidak bermaya dan kepanasan di tempat duduk belakang kereta bapanya yang berkunci.


Pada masa sama, Ishak Salleh, 50, yang tergerak hati melihat kemungkinan anaknya tertinggal dalam kereta, memberi kunci kenderaan kepada seorang sepupunya supaya meninjau sebelum kakaknya, Che Mas Salleh, 55, memberitahu anaknya tidak bermaya.

Penduduk kampung cuba memberi bantuan pernafasan melalui mulut ke mulut berikutan keadaannya terlalu lemah dan mangsa menunjukkan reaksi apabila muntah, namun apabila tiba di Klinik Kesihatan Wakaf Bharu, Tumpat, doktor mengesahkan kanak-kanak itu meninggal dunia pada jam 12.05 tengah hari kelmarin.


Ishak berkata, dia turun dari kereta mengusung jenazah sepupunya yang dibawa ke tanah perkuburan sehingga terlupa membawa anaknya keluar bersama.


“Memang saya tidak menyangka kejadian itu. Saya sangka anak saya mengikut ibu dan bapa saudaranya naik ke rumah sepupu kami, tetapi tidak menyangka berlaku sebaliknya apabila dia (arwah) ‘tertinggal’ dalam kereta yang terkunci.

“Ketika pulang daripada urusan pengebumian jenazah, barulah saya teringat anak dan mungkin berlaku kejadian tidak diingini kerana keadaan di luar begitu panas menyebabkan saya mendapatkan bantuan sepupu untuk melihatnya di kereta,” katanya ditemui di rumahnya di Kampung Ulu Sat, Machang, semalam.


Ishak yang juga ketua pengawal keselamatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Kota di Kota Bharu berkata, tidak sampai beberapa minit, dia dihubungi kakaknya yang memaklumkan mengenai keadaan anak yang tidak bermaya.

“Hati saya begitu sebak dengan kejadian yang tidak sepatutnya berlaku. Kakak memberitahu keadaan anak saya begitu lemah selepas ditemui di tempat duduk belakang kereta dalam keadaan muka disandarkan di belakang tempat duduk hadapan kereta saya sebelum diberikan bantuan pernafasan penduduk kampung.


“Dia memberikan reaksi dengan muntah sebelum kakak mengusung dan membawanya ke klinik berdekatan untuk rawatan, tetapi Allah lebih menyayanginya dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan,” katanya.


YA ALLAH! Seksanya cara dia meninggal -___- Kepanasan, x cukup oksigen....x dapat aku nk bayangkan. Alahai.. Penghuni Syurga la kamu nak...

6 comments:

TuYa said...

Ya Allah kak..
sedihnya baca..
jadikan pengajaran untuk kita semua kan kak..
walau kalut mcmne pun,igt ank kita..

al-fatihah..

A.I said...

TUYA,
MMG SEDIH SESGT TUYA =( DLM STAR, ORG KG KATA BUDAK TU NANGES2 SMP PUCAT MUKA DIA =( YA ALLAH....

Eye_nee said...

Dah dalam keadaan kalut cam tu kan...kecuaian ni sikap semulajd manusia..namun padahnya...Allah..satu nyawa hilang..sedihhhh....

Unknown said...

ibu bapa tolong la ambik iktibar dari kejadian2 macam ni..jgn sampai terjadi pada diri kita.. betapa fragile nya nyawa manusia ni.menyesal tak sudah..

yang pergi tetap pergi..kita yg hidup ni..jagalah khazanah berharga tu baik2..

alfatihah..

CathJ said...

sedih.... nya.... kena beringat lah kita jgn tiggal lan anak2 dlm kereta... eee..bahaya...

nome said...

Allahuakbar! urut dada aku bile baca kes nih...terus aku kol bibik kat umah...cuak jgn ckplah...kadang2 disebabkan kelalaian ibu bapa, anak jadi mangsa...nauzubillah...mintak dijauhkan dari kita semua....amin...

takziah pada keluarga mangsa

klik klik (^_^)