29.11.11

::TUAN BELOG DOMAM::


 Aku demam dari Khamis lepas. Alhamdullilah, pagi Jumaat tu lps aku telan panadol 3 bijik dpt jugak aku selesaikan makeup client nikah kt Putrajaya. Dari Putrajaya trus ke Hosp Selayang pulak topup ubat. Dah tu masok pulak opis. Time tu demam dah dtg balik. Tp bertahan jelah, sbb ada benda nk aku settlekan.

Pepagi Sabtu tu pulak aku angkut Datin Biah blk Melaka. Aku drive, Along + Angah + Dillah + AJ pon ikut skali. Abg Kaman ngan BB + Adek tak ikut. Elok je smp kt Alor Gajah, aku dah 'out'. Nk bukak mata pon x larat. Smp je umah trus kejung!! demam panas uolls. Tp syiok sbb bleh manje2 ngan mak ;) Kt sana mmg aku melepet je dlm bilik. nk bangun pon x larat. teruk sgt aku demam.

Skang ni aku kt opis. Kalau nk diikutkan mmg x larat lagi badan ni. Tp harini takde org kt opis. Ada 2/3 ketol je org. Aku angkut Along skali sbb Angah aku tinggalkan ngan mak kt Melaka. 

Haihhh...cepat2 le sihat. Start minggu ni aku bz ngan wedding. Harap2nya semua berjalan ngan lancar le gamaknya. huhuhu...



24.11.11

::BABY BUCHUK AKU::

BESTDAY aku haritu dpt hadiah anak kura2 dari si AJ. Tak sangka betol nak dpt budak 2 ekor ni sbb mmg niat aku nk beli. Tengok2 dapat lak. hehehe...mekaseh AJ. Skang ni budak 2 ekor ni dh jadi pujaan hati kami sefamily. Kaman pon sayang sungguh ngan dowang. Adek pulak suka, tgk tp tak berani lagi nk pegang..

Aku bagi nama ikut perangai memasing. Yg betina lemah lembut tu SOFI. Yg jantan hiperaktif tu pulak aku panggil TOTI. Tp skang ni si Sofi pon dah mula galak. Bukan main laju lagi dia berjln bila aku lpskan. Brape kali aku dah nk pitam berpeluh2 celah ketiak & celah kangkang carik si Toti yg tetiba hilang. Walhal aku dah 'kurung' ngan kusyen keliling tmpt yg aku lepaskan tu. Rupanya dia boleh panjat kunyen yg besar tu! pastu lari masuk celah2 lemari. Bila aku jerit2 mcm org giler mintak tlg carikkan, si kaman la yg jadi mangsa. Baru nk mula sembahyang pon kene berenti tlg carikkan sbb aku dah mekak2 mcm nk mati! huhuhu...abis kerusi + meja aku angkat. Penah si Kaman jumpa Toti kt blakang lemari TV. Abis badan dia penoh dgn abok. Adoii....

Ya Allah...tobat dah! Lps 2 kali hilang camtu, tiap kali lepas mkn aku biarkan dowang main dlm bilik air je. Tu pon kalau aku lpskan kt ruang tamu, kene monitor betol2. Letak atas atas badan je ;)




Sofi (atas) + Toti (bawah)
Si Kaman smp skang ni pon tak boleh nk bezakan lagi yg mana Toti, yg mana Sofi. Walhal, boleh nmpk bezanya kaler dowang. Si Toti gelap skit, Yg Sofi lak agak kekuningan kaler dia. Anak2 aku lak dh boleh beza yg mana satu.

time mkn mmg aku asingkan sbb senang nk tau byk mana memasing mkn. lagi pon mmg tak boleh bg mkn dalam rumah dowang sbb makanan tu busuk. nnt cepat kotor air kt dlm tu.


Sofi tgh marah. Dia ingat aku nk amik makanan yg dia gonggong tu ;P




 aku beli akuarium terus utk dowang. biar dowang selesa duk kt dlm tu, luas.
lagi pon yg kaca ni lagi murah dari bekas plastik. yg sebesar ni baru $30 je aku beli. air kt dlm tu kene letak skit je sbb kekura ni suka duk atas batu.
ada lagi 2 bekas plastik dowang. tp kecik skit le. senang kalau aku nk usung gi memana ^___^


skang ni dowang mkn byk. lps mkn je mesti berak.
Toti dah kekenyangan, masukkan dlm umah trus lelap nk tido ;P

 Sofi je yg tak tido lagi. ha, meh main ngan mama!







 cepat2 le kowang besar. baru best nk main. kalau kecik gini takleh nk pegang lama2 sgt takut dowang sakit lak. dpt besar 'mouse' pc ni pon jadik le ;)

  

Toti masuk tido dlm 'bilik' bekas garam



22.11.11

::MUSIM SAKIT DH DTG::


BB demam panas dari kelmarin, Adek lak smalam start demam. Nasib baik la ms bwk BB g klinik smalam aku amikkan skali ubat utk Adek. Smalam aku pon mcm nk demam, pagi ni masih boleh bertahan lagi..tu yg masuk opis gak ni. Mgg lps dah MC2 hari. huhuhu...

Bebudak tu aku tgglkan kt umah Ema. Elok dia jg anak2 aku time demam. Aku mmg x risau kalau dowang duk umah dia. Makan bersuap, lumur minyak panas, urut kepala BB. Syukur la dpt jiran camtu. W/pon mulut dia agak puaka (macam aku), tp hati dia baik.

Kalau esok tak kebah gak demam panas BB, aku nk usung dia gi klinik $1 buat blood test. Risau ooo, skang ni demam pon tak boleh dibuat main. Takut ada infection benda lain lak. huihhh...mintak dijauhkan la.





21.11.11

::POTONG KUEHNYA::

Nak jugak suh si kaman potong kek. Tp takde surprise2 la sbb dia sendiri yg hantarkan aku gi kedai kek. Kata x larat nk drive kan? hadiah pon x beli lagi. Tunggu gaji jelah ye? Nk belikan utk Along skali =)

Apa la budak kedai kings ni. 41th??? bukan 41st ke? heh!
cantik gak tarikh sebeday abg kaman kan? 20.11.2011
tp tarikh kt ic 3.1.71. tak aci langsung ;P

 
Nyanyi le kami anak branak.
Angah je takde sbb dia tido ngan sepupu kesayangan dia, Dillah. Adik aku, Iena dah nk pindah duduk kt umah dia balik (Bkt Beruntung). Smalam dah berangkut le barang2nya. Dlm minggu ni dowang tompang tido kt umah mak dulu. Mgg depan baru pindah abis ke sana. huhuhu...sunyi le mak lps ni. Takpe, kalau mak rasa boring boleh je aku campak anak2 aku kt umah dia. heh heh..

 

xcited giler pakcik ni. laki sape la tu kan? isk isk isk


potong kuehnya, potong kuehnya.. (lagu bestday versi indon)

selamat hari jadi abg, sayang abg kuat2!

 
nmpk sgt muka aku tgh x sihat...betul2 mcm nenek kebayan! hohoho

 
Sibok je Along pon nk potong sama.
bawak2 le bersabar, lps ni turn along pulak.
tunggu Xmas 25/12 nnt ye ^____^




::STATUS TUAN EMPUNYE BELOG::


Aku x sihat dari Khamis lepas. Tak masuk pon opis. Tp mcm biasa le, dlm tak sihat tu pon kene gagahkan diri gi settlekan urusan kt sekolah anak2. Tp mmg tak sihat langsung badan. kaki & tangan aku ni makin kerap krem. Salah je pusing, salah je gerak...mesti krem. Azab tau. Sakittttt sangat smp termasuk ke dalam otot2 tu.

Bak kata org dah jatuh ditimpa tangga, kul 3pg Sabtu tu aku tak dpt nk tido sbb cirit2 & muntah2 smp pitam. Dah takde benda nk kluar. Minum/mkn je trus muntah balik. Bangun je pitam. Mmg teruk sesangat. Nasib bek la abg kaman x keje. Nak gi klinik pon masalah jugak sbb nk kene turun ke bawah. Takkan le si kaman nk dokong aku lak. Segan la ngan org. Nampak sgt tenatnya. heh heh...jalan le aku pelan2. Pastu kejap2 brenti. Punye seksa nk smpkan ke kereta =( smp je kat klinik doc inject ubat tahan muntah. Senang skit aku nk mkn & mkn ubat. Kalau x kang, sume kluar balik. Aku kene keracunan makanan..

Smp ke harini pon badan aku x sihat lagi. Perut masih dtg memulas2 angin, kepala lak pening lalok2 je. Pagi ni kene bawak BB gi klinik lak. Dia demam dari ptg smalam. Mlm tadi dia tak dpt nk tido lena. Kaki dia lenguh. Batuk pon boleh tahan teruk. Kesian sangat ngan dia. Tp lps bawak dia g klinik, aku terpaksa masok opis. Ada benda nk aku settlekan. Tekanan sungguh la...sbb badan tak bape sihat lagi =(

Ni pon aku terlepas job makeup retis utk FFM mlm tadi. Nasib baik la AJ bawak cukup crew. Kalau x, mmg naya la...huhuhu...

20.11.11

::20.11.2011::




20.11.2011


Selamat Hari Jadi Abg,
Semoga Hidup Sentiasa Diberkati Allah, Dimurahkan rezeki, Diberi Kesihatan yang Baik & Semoga kita anak beranak bahagia hingga ke hujung nyawa, amin...

Sayang Selamanya! muahhhhhhhhhhhhh



- untung sungguh dia sambut bestday 2 kali setahun! 20.11.70 tarikh sebenar Abg Kaman dilahirkan. Tp dlm IC 3.1.71 ;P Lambat gi daftar kaedahnya. heh heh..Kebetulan hari jadi abg kaman  harini jatuh pada tarikh hari jadi Arwah Abah aku jugak. Al~Fatihah utk Abah. Rinduuuuuuuuuuuuuuu sgt! huhuhu..




17.11.11

::RESULT UPSR ALONG::


Lambat skit result tu smp kt skolah td. Makpak memasing debar2 tunggu Cikgu tu. Ada majlis anugerah pelajar cemerlang gak pg tadi. Kembang kemping lubang idung aku tgk 2 org pelajar (lelaki/perempuan) dpt anugerah pelajar terbaik sekolah. Makpak dowang pon dpt hadiah gak tadi. For sure result dowang pon cantek cemerlang, 5A! Aku dulu dpt le jugak merasa, time along terima anugerah pelajar terbaik darjah 4. Masuk darjah 5 down pulak...huhuhu..Angah pulak x bernasib baik walaupon dia mmg cerdik & sentiasa dpt markah tinggi time exam. Sebabnya classmate dia sume cerdik2. Payah nk beat percent. Skit2 je jarak dia. Cam final exam haritu Angah dpt no. 5. No. 3 ada 3org yg dpt! kawan dia yg no.1 sume 100%!! kelezzzzz kau..

Ok2, kowang x sabar2 nk tau result Along kannnnnn? hehe..lepas cikgu sebut nama dia utk amik result td, bukan men lmbt dia nk dtg kt aku. Siap nyorok ngan kengkawan dia kt balik tiang. Lama sgt tunggu, trus aku gi kt dia berlonggok. Aduhhhh....syukur Alhamdullilah. Dapat la jugak dia score A. Tp seketol jelah. Sbb kali ni Along dpt result pakej ABC, gituuuuu. Dia dpt:

1A 2B 2C

BM Pemahaman - A
BM Penulisan - B
Sains - B
Math - C
BI - C

^______^ mekaseh utk semua yg sama2 mendoakan Along.







::DEBARAN MELANDA::


Harini Along dpt result UPSR. tak tau le camne rupa result tu nnt. Trial haritu dia cuma dpt 3B 2C. Harap2 kali ni dapat lebih elok dari yg lepas. Yelah, aku pon xde la letak harapan tinggi mana kt dia. Sbb aku tau tahap dia kt mana. Yg penting dia dah berusaha & doa banyak2. Apa2 pon aku doakan semoga dia & kawan2 dpt keputusan yang baik, Insyaallah. Amin....

Aku x masuk opis pon harini. Jap lagi aku nk gi jenguk Along kt skolah. Pastu gi klinik amik MC. Badan pon mmg tak brape nk stabil ni..apa2 nnt aku hapdet kt kowang ye ^_____^


16.11.11

::CONCERT SI BB::


Hari yg sama skolah BB buat concert, time tu jugak kt bwh blok umah aku ni ada keraian sempena Deepavali. x dpt nk join =( tp yg bestnya tu, dowang siap simpankan lauk utk kami. sayang jiran2 sume ^_____^




 Kul 11pg si BB dah mintak dimekapkan. huiiii...awal giler. Amik kau..smp je kt dewan, mekap cair! haha...oh ye, tahun ni dia x mintak lak nk mekap kaler Ben10 ;P aku tepekkan kaler pink + blue

 adek pon nk mekap sama. ni pon ntah brape kali dia asyik menelek cermin. kuat melawa sungguh budak kecik ni. bukan main2 ok. dia boleh nangis kalau x dpt ikat betul2 rambut dia. kejap2 kang dia betulkan rambut, kejap2 kang dia tengok cermin. Adoi.....



 Graduation...
kau mampu pakai jubah nampak betis gitu? haha...time ni sebenornya dia dah salin baju nk menari. tu yg nampak kaki. seksi u! langsung x nampak ketomboian dia kan? 
 anak noti mama, penghibur mama ^_____^

 mak oiiii bulatnya kepala aku....!!


 1 Malaysia!!



 BB tgh beraksi. Thn ni dia join 2 tarian je. Elok la tu pon, 2 baju tu aku kene bayar $80 uolls! pitam mak..

 Along + Echah

 Angah smp tertido tgk bebudak tu perform. boring kot..






 mcm nk serupa je muka dowang kan?
kwn BB tu India. tinggi sungguh budak tu.

 BB ni mmg sempoi giler, bebudak lain sume sibuk naik atas pentas. Dia duk relax je kat tangga tu tunggu nama dia diumum. pastu takde la pulak nk lari2 dtg kt kita. Bebudak lain sibok carik mak pak. Si BB ni pulak xde perasaan langsung ;P

 tu le awak dek, org suh skolah haritu takmo.
nnt aku buat entry budak diva ni ye. mmg betol2 kekwat ngalahkan artis ;)

BB Qitie (Qistina) dah nk masuk darjah 1 tahun depan. 
Ingat tau BB, kene pakai baju kurung & tudung! xde seluar2 bagai dah. NO Ben10 lagi. miahahahahahahaha.....



15.11.11

::KE SMK YOK!::

 
PAGI NI ANGKUT ALONG QiQin GI PENDAFTARAN @ SMK RAWANG. AYOYO..ALONG DAH BESAR, DAH TINGGI DARI MAMA!! CAMNO NI? RISAUNYA HATI JAGA ANAK2 DARA *_____*" - pitam jap!
-update guna ayat kt pesbuk je. boleh? ngeeeeeeeeeeee....  
 
 
 

14.11.11

::MEKAPKAN ANAK PULAK::

amik kau! pestime mekapkan org sambil berbaring gitu. ni pon sbb aku dh x larat blk dari opis ptg tu. tetiba badan aku sakit2, kepala pusing - demam pulak..
tp x sangka lgsg mlm tu laki & adik2 aku buat kejutan bestday. mmg x terpikir pon. ngeeeeee..

setelah siap dimekapkan oleh ibunya yg tingtong ;P
dah mcm klon aku je kan? Ai Junior.


bergegek dgn baju yg geng kembo aku kasi ;) 
tema baju dinner mlm tu - baju kebangsaan.


along bawak camera gi skolah mlm tu.
masa surprise bestday aku kt umah, si CT yg amikkan gambar guna enpon dia =)


dengan cikgu kesayangan dia =)
cikgu ni dh sebulan pindah skolah, tu yg dowang sronok dpt jumpa blk mlm tu..


dah beso anak aku ni kan...huhuhu



amboiii...bukan main cantik lagi si syamili. mcm retis!
advanced tol la bebudak zaman skang ni kan?


klik klik (^_^)