27.8.10

::NUZUL AL~QURAN::



Allah SWT telah menurunkan Al-Quran sebagai satu mukjizat yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad S.A.W, dan kewujudan Allah SWT dengan segala sifat-sifat kesempurnaannya. Membaca Al-Quran serta menghayati dan mengamalkannya adalah satu ibadat. Ia merupakan satu kitab panduan hidup manusia dan rujukan utama di samping sunnah Rasulullah. Al-Quran dinukilkan kepada kita secara mutawatir(berperingkat atas sebab penurunannya), pasti dan qat’i dan ditulis mashaf yang hari ini lebih dikenali sebagai mashaf ‘Uthmani. Adalah wajar bagi kita umat Islam mengkaji sejarah Al-Quran dan perkara yang berkaitan dengannya. Penulisan ini akan mengemukakan satu perbincangan mengenai penurunan Al-Quran (Nuzul al-Quran) salah satu aspek daripada pengajian ‘Ulum Al-Quran’ (Ilmu-ilmu Al-Quran). Ilmu berkaitan Nuzul akan membicarakan mengenai cara-cara wahyu diturunkan, peringkatnya, tempat-tempat turunnya ayat-ayat Al-Quran, masanya, awalnya dan akhirnya. Berdasarkan ilmu tersebut, Kita dapat mengetahui ayat-ayat Makkiyah Dan Madaniyyah Dan juga mengetahui asbab al-nuzul.

Daripada segi bahasa, perkataan ‘Nuzul’ bererti menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi. Kata perbuatannya ‘nazala’ (نزل) membawa maksud ‘dia telah turun’ atau ‘dia menjadi tetamu’. Sebenarnya penggunaan istilah Nuzul al-Quran ini secara majaz atau (simbolik) sahaja yang bermaksud pemberitahuan al-Quran. Tujuannya untuk menunjukkan ketinggian al-Quran.

Secara teknikalnya Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir. Perkataan Nuzul dalam pelbagai wajah sama Ada kata nama, kata perbuatan atau lainnya digunakan dalam al-Quran sebanyak lebih kurang 290 kali. Sebagai contoh, “Dia yang telah…..menurunkan hujan.” (al-Baqarah:22), “Dialah….yang menurunkan Taurat Dan Injil.” (Ali Imran:3) Dan banyak lagi ayat-ayat lain.

‘Aishah isteri Rasulullah SAW, meriwayatkan sebelum Nabi Muhammad diangkat menjadi Rasul, beliau bermimpi perkara yang benar lalu beliau menyendiri di gua Hira’ beribadah kepada Allah SWT untuk selama beberapa tahun. Di gua berkenaanlah baginda menerima wahyu yang pertama.

Harith bin Hisham, seorang sahabat Rasulullah s.a.w. pernah bertanya kepada Baginda bagaimana wahyu diturunkan kepadanya. Rasulullah menjawab : ”Kadang-kadang wahyu datang kepada-ku dengan gema (desingan) loceng dan ini amat berat bagi-ku, dan sementara bunyi itu hilang aku mengingati apa yang disampaikan kepada-ku. Kadang ia datang dalam bentuk jelmaan malaikat kepada-ku merupai lelaki, bercakap dengan-ku dan aku menerima apa saja yang disampaikannya kepada-ku.”


................................................................



Tapi aku pelik la. Nape ada negeri2 tertentu je yg dpt cuti ye? (dengki sebenornya ni). Yelah, sian kt anak2 aku. Sume cuti skolah harini. Sian Along & Angah tinggal terkonteng2 kat umah tu. Dah le demam lagi. BB + Adek je aku tinggalkan kt umah Ema. Mak lak dh blk Melaka, kalau x bleh aku campak bebudak kt mak datin tu. Yg kaman lg kesian. Tempat keje dia border antara KL/Selangor (Bt Caves). Seberang jalan tmpt keje dia Bt Caves, Selangor. Tp Alamat tmpt keje dia Bt Caves, KL. erk! hhhrrmmm...ntah le. Tp yg pastinya musti harini ramai yg bercuti panjang. Bawak smp ke hari selasa mgg depan kan? Bestnye kowang...

17 comments:

kak long said...

hari KL mesti jem giler...org luar dtg shopping...
dah shoping ai?

A.I said...

KAK LONG,
A'AH KAK. KOMPOM JEM GILER. TETIAP THN MCM TU KAN? MANA ADA SHOPPING LG. huhu..1 APA PON XDE LAGI KAK LONG..

shiori_LA said...

hmmm...Ai nasib baik la anak2 akak semua sekolah sebab kawasan kl...takpe la nak buat camner kl ni tak mengutamakan cuti2 untuk agama ni agaknya...hmmm...nasib la kita keje kl huhuhu.....tapi HQ akak cuti pasal kat selangor

irma said...

wahh...best nyer s'ngor cuti pnjg..huhu best nya leh shopping rayer

el said...

aku penang spttnye cuti
tp ofis aku x amek
nti business x dpt
bengang betul la..geram aku org x hormat agama kita ni...eeeeeeeeeee

yg felik company cina pun tutup cuti nuzul ni (&#)(*@DU@)YR_(@QU

A.I said...

SHIORI,
TULER KAK. APELAH SALAHNYA HORMAT SKIT HARI NI. BG SUME CUTI KAN? THAIPUSAM TU BOLEH PULAK DIUBAH. PELIK SUNGGUH!

IRMA,
SEBENORNYA CUTI JUMAAT + SELASA JE. DH ALANG2 AKU RASA BAIK DOWANG DIRECT SAMBUNG CUTI SENIN TU. hehe

EL,
HA!! KAU KEJE KE EL? eee..BENGAP LA DOWANG NI. TAK BAIK WAT CAMTU OOO.. isk..

NoRMie said...

akak pon nak dengki gak ni.. name je dok selangor tapi opis haku tak cuti.. keje..keje..keje.. huhuhu..

Ibu n Abah said...

Ai..
akak pelik sungguh..bila cuti umum jer... akak tetap jugak kena masuk opis..
tahun ni.. boleh dikatakan cutim umum byk hari akak ke opis...
(mushkil sungguh...) depa saja nak naya akak ker?...

ieda said...

ai...akak pun tak cuti..sekolah cuti sb kebetulan jumaat kedah cuti.tapi biasalah...dekat2 nak raya ni.klinik sunyi saja...org tak sakit.nampak shopping complex ja.

A.I said...

NORMIE,
huii..TU KALAU JD KT OPIS AKU NI, KOMPOM KAMI MOGOK! haha..

AKAK,
KAN KAK? SAH DEPA DOK PENAYA AKAK LA TU. isk isk isk...AKAK KENE KOMPLEN KT LEMBAGA TERTINGGI TU ;P

IEDA,
AIK! MUSIM SAKIT GINI TAK RAMAI PATIENT YE KAK? SANGGUP DOWANG GI SOPIN DARI GI KLINIK AMIK UBAT. hahaha...

Hazey said...

Nak dengki sama-sama leh tak??? Dengkinya... org cuti hari ni... huaaaaaaaa!

Softtouch [Hanim] said...

sy cuti hari ni..suami sy lagilah mmg betul2 kat selangor sg buloh nie tp tetap keje...tmpat keje dia ni ala2 komunis sikit..raya haji lg best, xde public..kene apply...

A.I said...

HAZEY,
JOM SESAMA KITA MENDENGKI!!! ;P

HANIM,
LOR..RAYA HAJI PON KENE APPLY, TU MELAMPAU. MMG SAH LA RAMAI KOMUNIS KT SANA! (mcm nk sama je ngan tmpt keje laki aku, penoh komunis)..

Rina277 said...

yeayyy aku cuti arini smpi selasa..hehe saje nk kasi ko hangin..mmg best sbb byk masa aku nk jahit manik kt bj raya aku n mak..

Cinta Hatiku said...

hahaha..cam aku la ai..umah aku alamat kl..tadika aiman alamat selangor..opis aku alamat kl..padahal jarak dekat jer tu..jalan kaki..

rossysweety said...

sakit jiwa tau ari jumaat tu...balik keja kul 4.30ptg sampai ampang kul 6.20ptg...hish...gila2 org selangor shooping...

Ruziawati Bukhari said...

t dok umah je kak.. anak2 exam mgu ni.. sian anak2 akak..

klik klik (^_^)