14.8.10

::TRAGEDI PASAR RAMADHAN STADIUM JASIN::

ALLAHUAKHBAR!!! (-_-)




2 mangsa yg meninggal di tempat kejadian,
sorang lagi pengunjung pasar meninggal kt spital.





kuat sungguh!!!





Allah :( sedeynya aku....



JASIN: “Saya dapat berita ada ribut dan kerana tidak sedap hati saya terus ke tempat ayah berniaga, namun ketika dalam perjalanan (ke pasar Ramadan) saya diberitahu ayah meninggal.”

Begitu kata Latip Abdul, 49, anak kepada seorang peniaga cendol, Abdul Omar, 73, dari Batu 15, Kampung Air Merbau, Bemban, yang maut akibat dihempap besi kaki khemah tempat dia berniaga di Pasar Ramadan Stadium Jasin, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 4.45 petang itu, dua peniaga dan seorang pengunjung pasar Ramadan berkenaan terbunuh, dua daripada mereka meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi beberapa jam selepas dimasukkan di hospital.

Abdul mati di tempat kejadian selepas ribut meranap dan menerbangkan keseluruhan 21 khemah besar peniaga di kawasan letak kereta di stadium berkenaan.

Pembantu gerai murtabak, Mahadi Muhammad, 39, dari Taman Maju, turut mati di tempat kejadian dipercayai terkena tapak besi kaki khemah yang diterbangkan ribut yang melanda hampir empat minit.

Pengunjung yang terbunuh dikenali sebagai Muhammad Wahab, 45, dari Kampung Rim, di sini, yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Melaka, kira-kira jam 7.15 malam. Kejadian itu mengakibatkan 17 lagi termasuk pengunjung cedera.

Menurut Latip, dia mendapat panggilan jam 5 petang memaklumkan kejadian ribut berlaku di tempat bapanya berniaga menyebabkannya bergegas ke tempat kejadian.

Katanya, sepanjang perjalanan dengan memandu bersendirian dari Ayer Merbau, angin bertiup kencang sehingga dia tiba di Taman Maju keadaan mula tenang.

“Saya dapat panggilan daripada rakan mengatakan ayah meninggal dunia akibat ribut itu. Sejurus tiba di Pasar Ramadan itu hujan makin lebat dan saya terkejut apabila melihat semua khemah berterbangan serta makanan yang dijual berselerakan.

“Saya tidak menyangka kejadian ribut berlaku seteruk itu. Saya turun dari kereta dan pergi ke kawasan tempat ayah berniaga, namun diberitahu ayah dihantar ke hospital,” katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Jasin, malam tadi.

Latip berkata, bapanya tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum kejadian itu kecuali sebelum ini dia beria-ia mahu berniaga cendol, biarpun ahli keluarga menasihatinya supaya tidak menjalankan perniagaan kerana usianya sudah tua dan tidak berapa sihat.

“Namun, arwah tetap mahu meneruskan perniagaannya di pasar Ramadan berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Harian Metro difahamkan ketika kejadian, Abdul berada di sebuah gerai lain membeli makanan.

Namun, dia dihempap khemah besar yang menjadi tempat pelindung peniaga di situ ketika berlaku angin kencang.

Dalam pada itu, seorang lagi peniaga, Zarina Hassan, 33, yang juga majikan kepada Mahadi, berkata ketika kejadian dia dan Allahyarham membungkus murtabak apabila keadaan cuaca bertukar mendung, sebelum angin bertiup kencang lalu menerbangkan khemah di hadapan mereka berniaga.

Katanya, dia yang panik terus lari menyelamatkan diri dan mendengar Mahadi memanggil namanya, tetapi ketika itu berada di hadapan.

“Apabila menoleh saja ke belakang, saya lihat dia terlantar dengan kepala dan mulutnya berdarah.

“Saya amat terkejut serta takut. Dia tidak bercakap dan bergerak kerana keadaannya amat parah ketika itu,” katanya sambil memberitahu jenazah Allahyarham kemudian dibawa ke Hospital Jasin.

Peniaga, Mohd Abd Latip, 56, berkata sebelum kejadian angin bertiup dengan kencang sebanyak dua kali, namun tiupan terakhir terus menerbangkan semua khemah yang ada di pasar Ramadan itu sehinggakan empat daripadanya didakwa melayang setinggi tujuh meter menyamai ketinggian lampu limpah di stadium berhampiran.

“Saya amat takut ketika itu, dan kedengaran orang menjerit serta berlari lintang-pukang sambil dia menyelamatkan diri. Saya sempat melihat khemah itu diterbangkan begitu tinggi kerana angin bertiup sangat kencang ketika itu,” katanya .


AL-FATIHAH

19 comments:

Cikja said...

kesiannya..
Alfatihah..

mokja said...

Salam ziarah,
Allahuakbar,
Ngeri tengok keadaan tu.Alfatihah pada semua mangsa.
Di Perlis pun,2,3 hari ni cuaca kurang elok.Semalam awan gelap pekat.Terasa takut kerana masa tu pasar ramadan penuh orang.Mujurlah tak ada apa apa.
Semoga kita dilindungi Allah.

ratna said...

sedih sgt kak ai tgk video yg meninggal tu. apa sbnrnya yang maha esa nak bgtau yer kak ai.. allahuakbar. alfatihah..

A.I said...

FARIZA,
MMG KESIAN SUNGGUH :(

MOKJADEANDELL,
SALAM. MMG, KT RAWANG NI PON SAMA. PTG SEMALAM LANGIT GELAP SUNGGUH! HUJAN LEBAT SANGAT. KESIAN TGK PENIAGA PSR MLM KT BAWAH UMAH NI. MINTAK DIJAUHKAN LA KITA DARI PERKARA2 YG BUROK...amin..

RATNA,
KAN? MUSIBAH2 NI MUSTI ADA SEBAB..SUBHANALAH... :(

mamashasha said...

Takziah pd keluarga arwah..aku tau berita ni dr sorang kawan
Kat sana.mmg ribut petir kuat betul katanya.
Sama2la kita berdoa mintak dijauhkan dari ditimpa
Perkara mcm tu..

aj-saudagar-butik-cintaaliahgallery said...

astagfirullah...........Seriau tgk video2 ni.....baru dpt tau pasal ribut ni hr ni , smalam gigih sgt keje......

A.I said...

BED,
AMIN..BIARLAH DIJAOHKAN BENDA2 NI DARI KITA..isk :(

AJ,
PTG SMALAM MMG AWAN GELAP A.MI. KT RAWANG NI UJAN LEBAT SUNGGUH..KESIAN KAT DOWANG...

Mama Herda said...

Kesian kan kak ai..aku buka f.b pagi2 tgk ade cite psl ni..ade org ltk video ni..tp aku x buka video nye..yg aku sedih..org buat mcm2 andaian kt komen entry..niaga lupa solat laa..jual brg mahal laa..rsnye x elok kita buat andaian mcm tu..sdgkn mangsa meninggal hari jumaat..Hari jumaat ni hr yg mulia hnya org yg terpilih sj meninggal pd mlm & hari jumaat..Allah Maha Mengetahui..Al-fatihah..

Anonymous said...

takziah tuk yg terlibat ...
sume tu mungkin ada hikmah di sebalik kejadian tu ..

syukur kite kt kl ni xberlaku benda2 cmtuh .. moge2 kite lebihkan amal di bulan ramadhan ni

Cha said...

Ya Allah, takut nye tgk.. cha dlu mase skolah2, tlg ayah meniaga kt bazar ramadhan, klu time hujan n angin kencang, mmg takut sgt, siap kne pegang payung meniaga supaya x terbang... huhuu...
bile tgk camni , takut nye rase... (alhamdulillah skrg ayah dh pencen dr meniaga)..

miss ziziey said...

salam kak,saya pun terperanjat ngn berita nie,tu tmpt tinggal saya dulu,and terperanjat la coz slah sorg peniaga tu jiran saya,dia ckp tkde tibe2 angin dtg,kn pelik,tp die ckp berlaku sekelip mata je,angin sangat kuat...seram tgk,jasin ngn umah saya tk jauh...jgnla kiter wat andaian bukan2 kn,tu semua dariNYA,DIA lebih mengetahui....

Fiza Nordin said...

Al-Fatihah buat yg terkorban dan takziah buat ahli keluarga... moga kita sama2 mengambil iktibar atas apa yg telah berlaku....

A.I said...

HER,
TULER. JGN LA KITA MEMBUAT ANDAIAN MCM TU. SUME YG TERJADI MUSTI ADA HIKMAHNYA. TAK BAIK BUAT ANDAIAN YG MENGAIBKAN ORG LAIN. SEDANGKAN MANGSA2 TU MENINGGAL HARI JUMAAT DAN PADA BULAN RAMADHAN. SUBHANNALLAH!

JUB,
MINTAK DIJAUHKAN LA BENCANA2 GINI DARI KITA..amin..

CHA,
TAKOT TENGOK KAN? KESIAN SUNGGUH PADA DOWANG YG ADA KT PSR MS TU. X DPT NK DIBAYANGKAN :(

MSS ZIZIEY,
MMG BETOL. AKU X SUKA ORG WAT ANDAIAN GITU. KESIAN NGAN DOWANG. AKAK PON DPT TAU KT SITU SEBENARNYA MMG LALUAN ANGIN. TP MASA KEJADIAN TU KEBETULAN ADA RAMAI PENIAGA PULAK :( KESIAN...

FIZA,
AL-FATIHAH... :(

ieda said...

takziah kpd semua mangsa yg terlibat..sabarlah menghadapi dugaan Allah ini..
first dengar berita malam tu kat TV1 tp takde gambar lg..last nite baru ada rakaman kejadian..nampak macam puting beliung rather then ribut.kat tempat akak pun kdg2 ada tp yg kecik2 jer..moga tak ada kejadian macam ni lagi....amin.

emellia said...

allahuakbar..
kampung aku tu ai. mak aku pun hari sebelumnya ada juga ke pasar ramadham tu, tapi masa hari kejadian langit gelap hujan tanda2 nak hujan.. mujur mak ayah aku tak situ.. tapi ajar maut tuhan yang menentukan..

Softtouch [Hanim] said...

takutnya kak ai..kuat sunnguh anggin nyer..yg video ke dua tu sedih sgt tgk...ade yg nangis2...Al fatihah untuk mangsa...

A.I said...

KAK IEDA,
KAN KAK? NAMPAK CAM PUTING BELIUNG PON ADA GAK TAU SBB DIA PUSING SEKALI LALU GITU..MINTAK DIJAUHKAN LA...amin..

EMY,
LAHAI...KG KAU KE TU. isk. TULER, AJAL MAUT SUME DITANGAN ALLAH. SYUKUR LA MAK + AYAH KAU TAK TERLIBAT SAMA...

HANIM,
MMG SEDIH. NANGES AKAK TENGOK.. :(

Anonymous said...

mungkin waktu tu azan dah berkumandang. tapi peniaga semua leka x pg solat lagi. tp hanya allah jer tau kenapa kejadian ni berlaku. tapi kak ai perasan x video yang kedua tu orang yang ambil video ni curi duit peniaga.dalam keadaan macam tu pun nak juga buat dosa lagi..waallahualam...

A.I said...

ANON,
KITA TAK BLEH NK BUAT ANDAIAN MCM TU. SETIAP KEJADIAN MUSTI ADA HIKMAHNYA. WALLAHUALAM..
YG CURI DUIT TU AKU TAK PRASAN PULAK. NNT AKU TELEK BALIK.. ;)

klik klik (^_^)