14.12.09

::NASEB MALANG PANTEN BARU::

SAYUNYE :(

masa ni kat spital tengok mayat somi dia. tak pasal2 jadi janda berhias. Sempat 3 jam je merasa jadi bini org. kompom dia fobia punye lps ni..adohai, mcm ni le kehidupan. tak boleh nk agak apa akan terjadi pada idop kita kan?
Allahuakhbar..





KANGAR: Hanya tiga jam. Itulah tempoh sempat dinikmati seorang lelaki untuk bergelar suami sebelum menemui ajal dalam kemalangan ngeri apabila kereta dinaikinya bertembung sebuah bas persiaran di Kilometer 7, Jalan Kangar-Padang Besar, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian jam 1.05 tengah hari itu, Mohd Ariff Ab Kadir, 23, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Melati Indah, Beseri, dekat sini, selepas majlis akad nikah di masjid berhampiran rumah keluarga isterinya, Teh Affifah Shahirah Abd Hamid, 23, di Taman Berlian, Alor Star, kira-kira jam 10 pagi. Turut terbunuh kedua-dua ibu bapa Mohd Ariff iaitu Apsah Othman, 58, dan Ab Kadir Awang, 55, serta rakan karibnya, Mohd Farhan Musa,18. Mohd Ariff yang baru saja menamatkan pengajian dalam bidang kejuruteraan mekanikal di sebuah universiti di United Kingdom, tahun ini, sepatutnya memulakan tugasnya sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Arau, dekat sini, Rabu depan. Abang sulung Mohd Ariff, Mohd Hazly, 32, berkata, rombongan keluarga pengantin lelaki yang menaiki empat kereta bertolak ke sini kira-kira jam 11.30 pagi, selepas tamat majlis akad nikah di Masjid Intan Safinaz, Anak Bukit, Alor Star. “Bagaimanapun, konvoi kami terpisah sebaik tiba di Kangar dan saya yang menaiki kereta lain tiba di rumah terlebih dulu. “Namun, kira-kira 15 minit kemudian saya mendapat panggilan daripada bapa Mohd Farhan menyatakan kereta dinaiki adik saya terbabit kemalangan,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, semalam. Menurut Mohd Hazly, dia bersama beberapa ahli keluarga bergegas ke tempat kejadian kira-kira lima kilometer dari rumah mereka dan terkejut mendapati Proton Iswara dinaiki mangsa remuk. “Sebaik nampak keadaan kereta yang remuk, saya tak sampai hati mendekatinya kerana tahu mereka sudah meninggal dunia,” katanya sebak. Menurutnya, kejadian itu sangat mengejutkan dan tidak menyangka ia berlaku pada hari pernikahan adik bongsunya. “Sebaik selesai majlis akad nikah, saya lihat ketiga-tiga mereka cukup ceria. Sebelum ini mereka tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap kecuali merancang pulang awal ke rumah bagi membuat persediaan majlis kenduri di rumah pengantin perempuan esok (hari ini),” katanya. Menurutnya, bapanya yang juga pembantu makmal di Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Syed Putra di sini, dan ibunya seorang suri rumah, tidak sabar menyambut menantu bongsu mereka. “Saya tidak sangka majlis yang sepatutnya menggembirakan kami sekeluarga bertukar tragedi, namun saya reda,” katanya. Mohd Hazly berkata, majlis persandingan adiknya sepatutnya berlangsung hari ini di sebelah pengantin perempuan di homestay Taman Kancil, Alor Star, manakala majlis menyambut menantu di sebelah lelaki di Taman Melati Indah di sini, esok. Sementara itu, isteri mangsa, Teh Affifah ketika ditemui enggan ditemubual kerana terlalu sedih dan masih terkejut dengan kejadian itu. Difahamkan, Teh Affifah masih menuntut di sebuah universiti di Australia dan pulang ke sini untuk majlis perkahwinannya. Mereka berkenalan ketika sama-sama menuntut di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Beseri, dekat sini, sebelum mengambil keputusan berkahwin apabila Mohd Ariff tamat pengajian di United Kingdom. Teh Affifah pula masih mempunyai setahun lagi untuk menamatkan pengajian. Semua jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Beseri, malam tadi.


>Tubuh, kepala cedera parah


KANGAR: Siasatan polis mendapati kereta yang terbabit kemalangan ngeri sehingga mengorbankan tiga sekeluarga dan seorang remaja di Kilometer 7, Jalan Kangar-Padang Besar, dekat sini, semalam memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah bas persiaran. Timbalan Ketua Polis Perlis, Asisten Komisioner Zull Aznam Haron, berkata semua mangsa yang menaiki kereta Proton Iswara itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan. Mangsa yang maut dalam kejadian jam 1.05 tengah hari itu ialah Mohd Ariff Ab Kadir, 23, yang baru tiga jam bernikah dengan pasangannya, Teh Affifah Shahirah Abd Hamid, 23, serta ibu dan bapa Mohd Ariff, Apsah Othman, 58, dan Ab Kadir Awang, 55. Turut maut dalam kejadian itu rakan Mohd Ariff, Mohd Farhan Musa, 18, yang juga jurugambar bagi majlis pernikahan itu. Zull Aznam berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini untuk dibedah siasat dan pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kemalangan berkenaan. Beliau berkata, pemandu serta 27 penumpang bas persiaran dari Klang, Selangor yang dalam perjalanan pulang dari Padang Besar ke Kangar itu tidak mengalami sebarang kecederaan. “Kami sudah mengambil keterangan pemandu dan beberapa penumpang bas terbabit dan kes disiasat mengikut seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.


>Kereta diseret 10 meter


KANGAR:
“Saya nampak kereta itu tiba-tiba berpusing-pusing sebelum merempuh sebuah bas persiaran dari arah bertentangan,” kata saksi kejadian, Mat Saad Senapi.
Mat Saad, 75, yang ketika itu dalam perjalanan menunaikan solat Jumaat, berkata dia hairan bagaimana kereta Proton Iswara itu boleh berpusing sehingga memasuki laluan bertentangan seterusnya merempuh bas berkenaan. “Saya tidak tahu sama ada tayar kereta itu pecah atau terkena angin lintang,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di Kilometer 7, Jalan Kangar-Padang Besar, dekat sini semalam. Mat Saad berkata, dia kemudian menghentikan motosikalnya dan terkejut apabila mendapati keadaan mangsa yang parah termasuk cebisan daging mangsa yang terlekat pada badan kereta berkenaan. “Saya sempat membisikkan kalimah syahadah kepada empat mangsa kemalangan itu kerana sudah menjangka ajal mereka akan tiba berdasarkan kecederaan mereka yang parah. “Saya lihat semua mangsa tersepit dalam kereta yang remuk teruk itu dan ketika itu mereka dalam keadaan nazak serta tidak mampu bergerak,” katanya. Mat Saad berkata, selepas merempuh bas persiaran berkenaan, kereta dinaiki empat mangsa itu diseret lebih 10 meter sebelum terhenti berhampiran longkang di tepi jalan raya. “Kereta terbabit remuk menyebabkan orang ramai gagal mengeluarkan mangsa yang tersepit dan menunggu kehadiran anggota bomba untuk memotong bumbung,” katanya.


>Majlis bersanding jadi kenduri arwah


ALOR SETAR: Majlis kenduri meraikan perkahwinan Teh Affifah Shahirah Abd Hamid, 23, bersama suaminya Mohd Ariff Ab Kadir, 23, yang maut dalam nahas di Kilometer 7 Jalan Kangar-Padang Besar bertukar majlis tahlil dengan pengurusan diambil alih Jawatankuasa Surau Taman Berlian, Anak Bukit, bermula malam tadi. Setiausaha Jawatankuasa Surau Taman Berlian, Abd Jabir Mokhtar, 50, berkata pada mulanya pihak pengantin perempuan berhasrat mengadakan majlis khatam al-Quran pada sebelah malam diikuti kenduri kahwin hari ini, namun kedua-duanya terpaksa ditukar kepada majlis tahlil. "Perkara berlaku tanpa diduga dan kami sebagai jiran mengambil alih pengurusan majlis yang tetap perlu diteruskan. "Kita jalankan majlis seperti biasa dengan menerima 1,500 tetamu yang sudah dijemput selain pihak perempuan juga mengeluarkan belanja besar sekitar RM12,000 untuk majlis ini. "Sekarang menjadi tugas kami untuk menjayakan majlis tahlil itu dan memastikan semua tetamu dilayan dengan baik. "Kami bersimpati dengan Teh Affifah dan keluarga kerana mereka memang dikenali sebagai orang yang baik dan mempunyai hubungan akrab dengan jiran. "Teh Affifah juga seorang gadis yang lemah lembut dan baik budi pekerti," katanya ketika di temui di sini, semalam. Sementara itu, tinjauan Berita Harian di tempat persiapan kenduri di homestay G Glamour di Taman Kancil 3, Anak Bukit semalam mendapati segala persiapan termasuk pelamin dan bilik pengantin sudah disiapkan dengan rapi oleh pihak pengantin perempuan. Bagaimanapun tiada ahli keluarga di situ kerana berada di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis berikutan kejadian tidak diingini itu. Kelihatan lapan daripada sembilan dulang hantaran pengantin lelaki kepada pengantin perempuan di homestay itu yang tersusun dengan kemas untuk majlis yang bakal berlangsung hari ini.





~ AL-FATIHAH UTK SUME MANGSA ~

30 comments:

fazilzura said...

daku ingt nak tepek jgk .. tp rs x smpai hati ..
cz daku pun amat2 le sedih .. inai stil meroh lg kak .. sgt2 meroh lg..

sume nye cubaan

cik helena said...

kesian sangat...sedih la..apela dia rasa kan..al fatihah..

cikbedahlaser said...

innalillah...

semoga roh mereka d cucuri rhmat allah....

sedih sgt masa baca berita ni...
cube letakkan diri sndri d tpt teh..
tp x leh la nk bayangkan camne...
kesian die.....

ari sbtu aritu.. kwn sy dan suami juga eksiden..bile tgk gmbr kereta die..mmg teruk gile la...
dah la ahad tu die nk bersanding...
masa tu mule terbayangkan cerita teh ni...
nasib kawan sy x teruk...masih boleh wat kndri smbut mnantu ahad tu... owhh sedih nye

Unknown said...

sedih giler la kak.. susah nak terima kejadian nih...

♥ Eda ♥ said...

sedihnya weh... :(

A.I said...

ZURA,
MMG SEDEY SUNGGUH. SUME NI DUGAAN DARI TUHAN.. :(

HELENA,
BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LG BAHU NK MEMIKUL KAN?

BEDAH,
YA ALLAH! SIB BEK KAWAN KAU TU SELAMAT.TULERKAN, MALANG NI MMG TAK BERBAU. KITA HATI2 CAMNE PON, KALAU NK KENE TU KENE GAK. MINTAK DIJAUHKAN LA DARI KITA SUME..

A.I said...

IENA & EDA,
TUHAN JELAH YG TAU CAMNE TEH TU DPT LALUI HIDOP DIA LPS NI..SEDEY WEI..

lara aisya said...

saya mula dapat berita ni dari blog student kat uk..then esok beli paper..sambil baca sambil nangis..saya harap Teh banyak-banyak bersabar...sedih kan kak..

Eye_nee said...

Sedeh betul la....apa nak buat...dah ajal dia...semoga wife arwah tu tabah.....Hanya Allah saja yg tau perasaan wife dia tu....Alfatihah....

Sue* mamaID said...

kak ai...kite terkejut baca berita nie...sbb yg meninggal tu sedara kite kt kmpung...sedih sgt...dulu arwah ayah panten laki tu pembantu makmal sekolah kita...tu yang tk sampai ati nak tempet kt blog...

iena hamdi said...

al fatihah..

mAmAbuDaK said...

k.ai sedey....nyer...
menjadi sangat inai dia tp...........ishhhh....

☆ lieya latif ☆ said...

kak, aku bace kisah dieorg ni kat metro sampai nanges2 kak...sedey betul...sian die kan kak....

A.I said...

CT SARAH,
AKAK PLAK TAU CRITER NI MS BELI SOKABA METRO PG SABTU TU. uish...MMG BERDIRI BULU ROMA. SADIS TOL LA..

EYE_NEE,
TULER, DAH AJAL DIA KAN? KITA SOK TAK TAU LA BILA & MCMANA. huhuhu

SURIYATI,
LOR..SEDARA KAU KE? huhuhu..TAKZIAH YE.. :(

IENA,
AL-FATIHAH...

MUMMYMUJID,
KAN? MERAH SUNGGUH INAI DIA..TP TULAH, DAH KETENTUANNYA BEGITU.. :(

A.I said...

LIEYA,
SAMA LA AKU PON WEI! NANGIS AKU. MS TU NK MKN NASIK LEMAK. TERSEKAT TEKAK AKU! BOLEH MKN 3 SUDU JE. :(

A.I said...

SURIYATI,
APESAL AKU TAKBLEH NK KOMEN BLOG KAU YE? AKU DAH SIAP TAIP KOMEN TP TAK BLEH NK REACH KT WORD VERIFY TU..huhuhu

Fiza Nordin said...

takut nak meletakkan diri sendiri kat tempat perantin pempuan tu...semoga dia tabah dan kuat semangat melalui masa depan...

al-fatihah buat yg terkorban...

[s][u][e][h][a][n][n] said...

aduhai...sedih tol la...x tau nak cakap macam mana..tu kita yang baca...macam mana la ngn teh tu..berat dugaan dia kan..

alfatihah....

noorss said...

salam,,

sedih dan terkedu jugak...bila membaca paper semalam... sapa-sapa pon tak boleh terima,, sekiranyer belaku kat kita... semoga saudari Teh bersabar dan ini adalah salah satu ujian dari nyer... al fatihah buat arwah sekeluarga.. amin

Dj Epoi said...

Sedih siut!!

Amatx3 memilukan....

Diharap keluarga disana dapat menerima kenyataan ini....
Tida siapa yg dapat tentukan...

Moga Isteri Arwah...TENANG menghadapi kenyataan ini..

Al Fatihah

Unknown said...

Assalamualaikum. Dengan segala hormatnya anda dijemput berkunjung ke blog saya dan isteri saya http://www.teacherrahila.blospot.com. Di sana anda terdapat mutiara yang selama ini anda cari.

Anonymous said...

Sedih kan kak..tu la ajal maut ditangan tuhan..

mamashasha said...

kesian kan....aku harap pengantin pompuan tabah menghadapi ujian idup ni...al fatihah buat arwah suaminye & yg lain..

grow2g3th3r said...

ai...... lelaki tu adalah kawan aku punyer sepupu... memang sangat sedih kan.. aku pun terasa sedih.... al-fatihah.

Mizz_Ila said...

AL FATIHAH...

Ya Allah..sayup hati aku tgk wajah2 si mati. erm... ALLAH lebih menyanyangi mereka & apa yang lagi mengharukan..dia pergi bersama-sama ibu & ayah :(

A.I said...

KENGKAWAN,
MMG SEDEY SGT LA WEI..TEH SENDIRI TAK TAU MCMANA DIA NK HADAPI DUGAAN NI KAN? TP MMG SAYU LA SBB DIA PERGI SKALI NGAN YG RAPAT NGAN DIA. MAK AYAH + BF..hrrmmmm AJAL MAOT SUME DI TANGAN ALLAH.. :(

nome said...

innalillah tuk keluarga yg terlibat...salam takziah tuk sumer....aku sedeyyyyyy leleh2 nih....

Pepel BoNda AmaNi said...

sedey gila masa tengok cita nie kat berita..memang ngalir la air mata..ish xdapat nak bayangkan...tapi tue la kan..ALLAH tidak akan menguji umatNYA diluar kemampuan umatNYA..semoga TEH tabah la kan...:(

Sue* mamaID said...

thanks kak ai sbb kunjung blog kite...tk bleh komen...knape ye...slalu org komen leh je...huhu

A.I said...

SURIYATI,
TULER PASAL..AKU BLEH TAIP KOMEN. TP BILA TANG VERIFY TU BOX TAK SMP KE BAWAH. AKU X SMP KT KOTAK NK ISI TU..sob sob sob

klik klik (^_^)