23.3.10

::BERSABUNG NYAWA NAK BELAJAR::






BOGOTA: Setiap hari, Daisy Mora, 9, dan rakan sekampungnya perlu melungsur kabel keluli sepanjang 40 meter untuk ke sekolah.

PENDUDUK menggunakan kabel untuk ke bandar berhampiran. Kabel merentangi Sungai Rio Negro di Colombia itu adalah satu-satunya akses ke dunia luar untuk seluruh keluarga di kawasan itu yang terletak 56 kilometer ke tenggara ibu negara, Bogota.

Mereka meluncur selaju 56 kilometer sejam setiap kali bergerak di atas kabel itu.

Pengembara warga Jerman, Alexander von Humboldt adalah rakyat Barat pertama menyaksikan sistem tali luar biasa ini pada 1804.

Pada mulanya, tali jut digunakan sebagai tali merentasi lembah itu tapi kabel keluli kemudian dipasang apabila pembalak meneroka kawasan sekitar.

Apabila pembalakan diharamkan, penduduk setempat merubah gaya hidup mereka dengan menternak lembu dan berladang. Hingga kini, kabel ini adalah satu-satunya pengangkutan untuk penduduk setempat.

Petani menggunakan kabel untuk membawa keluar barangan dan bagi pelajar seperti Daisy dan adiknya, Jamid, 5, ia adalah laluan tunggal untuk ke sekolah.

Jamid bagaimanapun terlalu muda untuk naik sendiri dan Daisy terpaksa meletakkannya di dalam guni jut dan mengawal kelajuan mereka ketika ke sekolah.


- SUMBER DARI AKHBAR METRO HARINI



Tengok la kegigihan dowang.. Langsung tak patah semangat. Kagum sungguh aku! terharu aku wei..


12 comments:

saveme_zero said...

aku pun kagum! sangat kagum dgn kegigihan dorang ni.

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tinieƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ said...

kagum
kalau aku, aku tak pg sekolah :(

Diarihatiku1976 said...

fuhhh.. aku pun kagum gak...

intan said...

kalo korg sumer dah kagum... aku pun nk kagum jugak lah.. haha

Rina277 said...

Ai..tetiba aku dpt idea nk psg kabel dr kondo 18 tingkat aku ni ke opis cam diorg nie ok x ko rasa..siap merentas hiway pastu gelak2 kat org yg sangkut dlm jem..hehe..

AieZa said...

klu pegi sek kn kena naik menda alah tuh.. klu blk cmne..

A.I said...

SUE,
KAN? SAYU JE AKU TENGOK :(

TINIE,
SAMA LA NGAN AKU PON. MAU AKU X GI SKOLAH ;P

IENA,
KAGOM :)

INTAN,
JOM SESAMA KITA KAGOM...KAGOM, KAGOM,KAGOM :)

RINA,
HA! GUD IDEA LA KAU...AKU PON NK WAT GAK ARR...DEY, SAMY VELLU!!

AIEZA,
A;AH LA KAN, DOWANG BLK CAMNE? ADA ORG TARIK KE? hhrrmmmm

JaJa'Z said...

bebudak kita...dihantar dengan kereta,bas,motor,van..tu pun tak nak gak gi sek..siap ponteng2 lagi gi cyber cafe..

Nur Syafawati said...

adeh...aku tgk lurah2 tu je dah peluh2 tangan dah..huhuh..seriau!!mcmane la kalau budak tu gayat...mcm x leh gi skolah la jawabnyer kan?dunia..dunia...

A.I said...

JAJA,
MMG! BEBUDAK KITA NI JARANG NK BERSYUKUR..huhuhu

SYAFA,
TULER..AKU TGK PON DH GAYAT.. :(

Ibu n Abah said...

Ai,
tak memain yer...
lama-lama budak2 ni boleh kerja kat sarkas...

A.I said...

AKAK,
SARKAS PON SARKAS LA..DPT GAK DUWIT :)

klik klik (^_^)