23.4.10

::MOLOT PUAKE TP HATI BAEK::



echah + ayah + ema + ely

betol2 mcm family ely kan? sepesen je dowang :P


MUSTI ramai ingat tajok tu aku tuju kat aku kan? miahahahahaha. Mmg aku akui, mmg molot aku bak puake. Tp dalam hati ada taman ooooooo. Elok la, dapat jiran kechentaan pon sama cam aku gak. SEPESEN. (wei along, kau jgn bgtau cik ema tau! hohoho). Rasanya lagi elok mcm ni dari molot yg mak oiiiii, lembutnya bahasa. Tp hati manyak busuk!! eh. ke sana lak aku :P

Ha, ni aku nk criter psl si ema. Dia mmg dah jaga ely dari lps pantang. Thn lps je yg aku hntar bebudak ni gi nursery. Thn ni sambung blk dia jaga. Dia mmg jiran TERBAEK. Tp kene tahan tinga la. Kalau aku borak ngan dia bunyik cam gadoh! Dia mmg cakap lepas, takde simpan2. Aku suka lak cara camtu. So, aku tau apa yg dia tak puas ati. Apa yg dia suka, apa yg dia tak suka.

Masa Ely baby dulu, betol2 diJAGAnya anak aku tu. Smpkan kengkadang tu aku rasa Ely tu mcm bukan anak aku! Cth mcm bila hari cuti, kul 10 dia dah ketuk pintu umah aku tanya si ely dah makan ke belom, dah mandi ke belom. ha..leh bayangkan tak? Mcm skang ni, ely dah besar skit. Kadang tu time cuti aku tak kemana2 mmg aku tak bukak pintu. Tp dah ptg2 tu nnt dia duk kt luar saje je jerit2 nama Ely. Soh anak aku tu kuar kat pintu. Dia nk tengok. ekekekekeke. Eh, kalau nk criter..byk sgt.

Lagi 1 bila aku sakit cam aritu. Aku MC berapa hari duk kt umah. Dia la yg jaga anak2 aku. 'Paksa' aku duk rehat kt umah sengsorang. Siap masakkan aku laok apa bagai. Kalau aku pertahankan gak nk jaga gak si ely, dia ckp takpe..tp biar le dia yg turun bawah hantar + amik BB dari skolah. huhuhu...baeknya hati.

ha, ni aku nk kowang bayangkan molot dia camne ye. Aku kasi 2 cth je lah. Baru2 ni aku angkut anak2 aku gi klinik tu kan. So, tghari la baru aku bagi anak2 aku kt dia. Aku mmg dah siap kasi makan dulu la bebudak tu. Yg si Ely, boleh lak dia terberak ms on the way blk tu. Smp kat umah Ema, aku ckp la yg si Ely berak. Ehhh...boleh lak dia tengking aku blk:

"AKU TAU LA! MMG TIME2 NI DIA BERAK!"

kahhhhhhhhhhhhhh...aku pon ckp la "yelahhhh...kau mmg tau..." :P


yg ni mmg selalu jadi. bila anak2 aku ketok2 pintu umah dia, aku dah tau dah. musti dia menjerit bila bukak pintu. yg anak2 aku pon takde perasaan. dowang dah tau ema tak suka pintu dia diketok2 byk kali. nak jugak anak2 aku ketok mcm nk roboh.

BB ketok "TOK TOK TOK TOK"

bila dia bukak je, aku dah standby "APA KAU INGAT CIK EMA PEKAK KE??!!"

kahhhhhhhhhhhh...mmg selalu camtu. anak aku buat muka toya x bersalah je, trus masok umah dia. hehehehe

Smalam BB tukar beg skolah. Dia pakai beg Along tahun lepas sbb buku smart reader dia tak muat letak dlm beg. Buku tu panjang2. Biasa aku letak dlm file je. Dia malas nk kendong file tu. So, dia mintak letak dlm beg je. Beg Along tu mmg dah koyak rabak. Tp BB tak kisah. Dia nk bawak gak. Tup2 dia blk umah smalam aku tengok beg tu dah cantik. Uik!! hilang sume koyak rabak tu. Mcmana leh cantek ni?

Rupanya....Ema yg tlg jahitkan blk beg tu. huhuhu..baeknya hati dia kan?


poket ni 2-2 belah yg sebenarnya dah rabak tau.
cantek + kemas je dia jahit kan?


kat sni pon


tak nampak kesan dia jahit pon..kemas!


dah cantek balik..


MEKASEH EMA...LEBIU SO MUCHY-MUCHY!!
anak aku, anak kau. anak kau, anak aku.
(laki x leh tau. hak hak hak)





24 comments:

lunar wolf said...

..best giler dpt jiran cam nie..nk sorang!!!~

dalila said...

betuah ko ai dpt jiran cenggitu..aku tk dapat bayangkan mulut dia tu..aku lak jenis sensitip..pasti terasa..ahaks..

A.I said...

LUNAR WOLF,
MEH DTG RAWANG, PILIH SORANG..

DALILA,
huiii..TAKYAH LA KAU BAYANGKAN. TP KADANG TU BILA ADA KENGKAWAN DTG UMAH AKU, ELOK LAK DIA BERCKP NGAN DOWANG. ALA2 COVER LINE. TP KADANG TU SOKLAN DIA PANAS GAK. KAU NGAN DIA TAKLEH KOT. MAU KAU PITAM. miahahahaha

PuRpLeLiCiOUs LoVe said...

betoi tue kak..biaq mulut cam puaka tapi hati baik..dari mulut cam madu tapi sebenar cam sampah jerk...
tapi family members kita semua mulut cam puaka kak..hahahaha termasuk la mama den nie ha...klu dengaq kat mulut tue..umangaih..takut den..

A.I said...

PURPLE,
KAU LOM JMP LAGI NGAN SEDARA BELAH MAK AKU KT SELAYANG TU. PITAM KAU! kahhhhhhhhhh

zai @ jai / kak long@alang said...

klu org melake jumpe sedare mare skali sekale lggg..
hawau engko...
cilake engko..
lame x jumpe...
pada hal ati baik,klu org x biasa dengo, mesti ckp kung ajar tul org tuh....hihihi...!

mulot puake ngn mulot longkang
lbh kuang ke AI...?

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

hahaha...

trasa pulak...

mulut i pon cm puaka gak..

tapi ati baik...

hihihi..

shah-ila-ain said...

moga2 semua jiran2 bersikap mcm nie lah kan..aman dunia...memang perlu sikap amik berat nie...sape lagi kite nak harapkan kalau bukan jiran tetangga..lagi2 time ade masalah...

fazilzura said...

terharu ..

leh jadi jiran dunia akhirat

A.I said...

KAK LONG,
MMG BETOL! KALAU JMP SEDARA BELAH MAK...ADOHAIII...GAMAT! hehehe..
MOLOT LONGKANG TU LEBIH KPD MOLOT KUANG AJAU KAK. ngeeee

GADIS KAMPONG SEPARA BANDAR,
SAMA LA KITA! ;P

MEL,
BETOL KAN? SBB JIRAN NI TETIAP HARI KITA JMP. KALAH ADIK BRADIK...

ZURA,
AMINNNNNN.....(^_^)

Rizziela said...

Bukan senang nak dapat jiran macam ema...

untunya AI dapat jiran macam tu...

A.I said...

RIZZIELA,
SYUKUR.... (^_^)

ieda said...

bertuah dapat jiran mcm ni AI...susah nak dapat.

mcm pengasuh nabila ni pun akak suka gak..spesis lebih kurang tu jg..mulut bukan main tp hati baik..dia ni staf akak dulu.la ni jaga kedai sambil jaga nabila.suruh buat apa pun ok...anytime,siang ke malam tak kisah.bukan takat akak..hbby akak,parents akak,mak mentua semua minta tlg ok jer..kdg2 siap bawa nasi lauk segala dtg ofis..tp bukan dia masak ler..tok dia yg masak sb dia stay dgn tok dia..

A.I said...

IEDA,
HA..SAMA LAH KAK. DIA PON X KIRA. ARITU SIAP DIA YG KETOK PINTU UMAH AMIK SENDIRI ANAK2 AI. MASA TU AI NK GI MEKAP ORG. SYUKUR DPT PENGASUH / JIRAN YG TAK BERKIRA NI KAN?

D.O.U.B.L.E...S said...

memang ooooi sapa mulut puake sebenar hati baik....

A.I said...

CT,
kekekekekeke (^_^)

Ibu n Abah said...

Ai,
kalau cenggini.. nak jadi jiran Ai lah.. dapat antar anak kat ema..
best kan dapat jiran mengalahkan sanak sedara sendiri....
(hmmmm... mana nak cari jiran cenggini???)

irma said...

wah...untung kak ai...ada jiran camtu...

A.I said...

AKAK,
SANGGUP KE AKAK DODOK KT FELET KOS RENDAH NI? ngeh ngeh..KALU SANGGUP MEH LE. KITA LONGGOK ANAK2 KITA KT UMAH EMA. ekekekeke

IRMA,
TULER..SYUKUR SESANGAT! ;)

JaJa'Z said...

bagus la dapat jiran macam tu..sedekat2 saudara adalah jiran kita..

A.I said...

JAJA,
KAN? MMG BETOL :)

mamashasha said...

alhamdulillah syukur kak ...bukan senang nk dpt jiran mcm ni....biar mulut puaka kak janji hati baik.....yang banyak kita jumpa skarang ni mulut baik hati busuk.....

saveme_zero said...

bagus kan dpt jiran mcm ema ni k ai. aku masih ingat bakso dia yg meletop jubo tu..hahahhaa. eh bila lg dia nak masak erk..ckp geng mommies nak dtg mkn..hahahha

A.I said...

BED,
KAN? BIOR LE MOLOT DIA CAMTU PON. YG PENTING, HATI BAEK + BERSIH ;)

SUE,
SEDAP GILER BAKSO DIA. TINGIN LAK AKU. hohoho

klik klik (^_^)