16.6.11

::KERING::

TAK tau nk criter apa. Dah kering duit idea. hohoho..

Harini Along berjaya gi skolah. Mata dia dah kurang bengkak. Skang ni dia tgh bersuka ria dgn cikgu2 dan kengkawan gi lawatan smbl belajar kt area KL ni. Biarkan dia hepi2 harini sbb lps ni 'kawalan' semakin ketat. Yelah beb, bula 9 dah nk UPSR. Dia nampak relax je. Aku yg kecoh2. Haritu berabis $$ belikan dia buku latihan/rujukan. Biar dia buat hari2 kt umah sbb biasanya dia mmg takde homework. Cikgu buat abis kt skolah. Dari dia dok hadap tv & internet kt umah tu, baik bagi dia juling2 bijik mata buat latihan. Balik dari keje aku cek la latihan yg dia buat tu. Adoii..aku lak yg terlebih cuak mikirkan exam dia. Tp nampak gayanya dia dah ada kemajuan. Exam haritu banyak gak yg dia score. Apa2 pon aku sebagai mak mendoakan yg sehabis baik utk dia. Semoga diterangkan hati & semoga dia lebih berusaha utk diri dia sendiri. Amin...


Abah pulak masih ada kt HUSM. Still kene sedut kluar nanah2 dari dalam tekak. Tp tuler, risau le aku takut dia kene infection sbb belahan kt leher tu doc x tutup. Dah le duduk kt wad biasa. Org boleh kluar masuk. Mintak dijauhkan la dari apa2 benda yg buruk. Skang ni adik ipar aku si Beddy tu yg jaga dia kt sana. Rasanya dah nk masuk 2 mgg dia cuti. Ada gak rasa serba salah, tp nk buat camne. Skang ni mmg x berkesempatan nk ke sana jenguk abah lagi. Bebudak dah start sekolah. Makanya mmg keadaan dah kembali 'huru hara' kt umah aku tu. Aku dapat doakan utk abah dari jauh je -___-"

Td Aku ada baca Metro. Pompuan tu sanggup nk jual organ dia kalau2 ada org nak beli. Dia nk jual buah pinggang & mata utk langsaikan utang Ah Long laki dia. eeeeeeeeee...sanggup dia buat camtu demi laki dia. x tau la apa perasaan laki dia skang ni. Aduhai..

6 comments:

adarnadzmie said...

sanggup pompuan tu yer... tak sanggup lerrr...

fazilzura said...

wah , meriah le umah ye bile budk2 dh skolah heheheh

oh sian uncle, hrp2 uncle cepat2 le baik..risau ler org2 tua kalau dok spital..diorg bkn suke sgt kan ..

mak aiii, kalau jual nk byr utang psl keje ker hape ke ok lg.. ni utang ah long ..x nak ler

aj-saudagar-butik-cintaaliahgallery said...

Hohohohohoho , Go Kikin , dpt banyak A , Pakcu bg Hadiah istimewa Pakej Kahwin Super Dupper Glam bernilai RM 35K .... x bleh tukar dgn duit ye . lalalalalalalala

kak ina kl (1) said...

semuga cepat sembuh ek abah kamu tu..

tak taulah pulak kat pusat sains negara ada tpt mandi manda..lehlah gi nanti

deaf-angel said...

Hmetro tu, tersangat kagum aku kat pemikiran suami isteri tu. Sampai gini sekali si Suami tu biarkan benda ni.

Good luck Along, skrang dah kena start ulangkaji...semoga pass with flying colours.

A.I said...

ADARNADZMIE,
AKU PON X SANGGUP (SBB BUAH PINGGANG AKU DAH ROSAK) kahhhhhh

JUB,
TULER PSL. SBB NK BYR UTANG ALONG LAKI. isk..IDAK LE TEMAN!

AJ,
elehhhh..KALAU PAKEJ 35K 10THN AKAN DTG SOK APA SANGAT LE. UP LA SKIT. NAK PKG YG 50K! ;P

KAK INA,
BEST KAK. MEMACAM ADO. SUME BENDA BUDAK SUKA. MAK PON TOMPANG SUKA SKALI. hehe

DEAF ANGLE,
AKU X SETUJU NGAN TINDAKAN BINI DIA TU. SEMATA2 SBB NK LUNASKAN UTANG LAKI DIA. SEPATUTNYA LAKI DIA SENDIRI CARI LA JLN YG TERBAIK. NI MEMUDARATKAN BINI. huhuhu

THANKS ATAS DOA UTK ALONG TU MY PREN! ^___^

klik klik (^_^)