9.7.10

::MAKAN URI::

HOI! kot ye pon aku ni kategori canibal holocost, idak le sampai aku makan uri sendiri pulak. wakakakakakaka. Takde lah, ni aku terbaca kat sokabar semalam. Ada jugak org2 kita ni sanggup makan uri sendiri lepas beranak ye? Kononnya nk nampak awet muda. Alaaaaaaa..takyah la susah2 nk telan uri tu. Tiru je mcm aku ni. Nak awet muda? SILA RATAH BONTOT AYAM GORENG! lalalalalala..lazat! nyum..nyum..


Ketagih makan uri
Oleh Mary Victoria Dass - METRO
2010/07/08


JOHOR BAHRU: Untuk memastikan diri kekal cantik dan awet muda seperti anak dara, ada ibu yang baru melahirkan anak sanggup memakan uri bayi sendiri kerana percaya cara itu paling berkesan untuk memenuhi matlamat mereka.

TEORI SONGSANG...serbuk uri bayi yang dijadikan pil.


Wanita lain yang berkongsi kepercayaan sama pula dikatakan sanggup berusaha mendapatkan uri daripada pembekal tertentu bagi membolehkan mereka menjadikan ‘tembuni’ bayi itu sebagai ‘hidangan kesihatan’.

Amalan menjijikkan itu didedahkan seorang tabib Cina di bandar raya ini dan lebih mengejutkan, dia mendakwa sebahagian penggemar uri untuk awet muda terdiri daripada wanita Melayu beragama Islam.

Lelaki berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Sam berkata, uri atau dikenali sebagai plasenta sebelum ini dijadikan sebahagian bahan utama dalam pembuatan kosmetik.

“Tapi kini, mungkin disebabkan ingin mendapatkan kesan lebih hebat dan segera, ada wanita sanggup melakukan perbuatan tidak masuk akal ini. Malah, mereka juga percaya makan uri mampu membekalkan khasiat dan sumber tenaga kepada wanita yang baru bersalin terutama yang melahirkan anak secara pembedahan,” katanya.

Sam berkata, uri adalah ‘sarung’ yang terbentuk dalam rahim ketika kehamilan dengan salur darah dan bersambung dengan bayi menerusi tali pusat itu kebiasaannya ditanam dan diuruskan dengan cara baik.

“Uri bayi suci dan sepatutnya diuruskan dengan baik. Semua agama berkongsi kepercayaan ini,” katanya.

Dia berkata, kebiasaannya uri untuk awet muda itu dijadikan hidangan dalam bentuk sup.

“Selain makan uri ‘segar’ ada segelintir wanita mengeringkan uri berkenaan yang kemudian dijadikan bahan ramuan masakan. Mereka lakukan begitu dengan kepercayaan ia mampu menyeimbangkan hormon dalaman dan merapatkan hubungan ibu dan anak,” katanya.

Menurut Sam, perbuatan itu berlaku mungkin akibat wanita terbabit terlalu terpengaruh teori songsang yang menganggap amalan makan uri baik untuk kecantikan dan kesihatan terutama ibu baru bersalin.

“Mereka juga terpengaruh teori yang menyatakan keberkesanan uri dalam mencantikkan dan menghilangkan kedut di wajah. Bagaimanapun, mereka perlu memikirkan risiko memakannya yang boleh mengakibatkan jangkitan kuman,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Masyarakat dan Kesihatan negeri, Dr Robia Kosai, berkata amalan memakan uri sesuatu yang luar biasa.

Beliau berkata, ini berikutan setiap uri dari ibu bersalin hanya diselaputi darah dengan kebiasaannya uri berkenaan diserahkan pada pasangan selepas kelahiran zuriat untuk ditanam.

“Kebiasaannya orang Islam akan menguruskannya dan bagi pasangan yang tidak membawanya pulang, pihak hospital akan melupuskannya.

“Ia boleh didermakan jika terdapat keperluan perubatan untuk rawatan, tapi amalan memakan uri adalah pelik,” katanya yang menambah pihaknya belum menerima sebarang aduan mengenai perbuatan segelintir wanita memakan uri.





GILER!



14 comments:

TuYa said...

gile...
memang gile sape2 yang pecaya bebenda tu..
uri nak dmakan???eeeeeeeeeee...loya tetiba..

AngahSayang2314 said...

eeee nak muntah angah dengar org makan uri kak ai dasyatttt.. tapi angah ada tengok video yg diorang buat rebus sup janin uuuueeewkkkkk

Tijah said...

rambut aku salu gugur. agak2 kalu rebus minum bleh awet muda gak tak?

A.I said...

TUYA,
MMG GILER! HARINI PUNYE PAPER LAK MMG ADA YG BUAT SUP PEHTU SOH BOMOH JAMPI. KONONNYA NK BG NMPK CANTEK. BANGGANG. MCM RUPA SETAN ADA LA! eeee

ANGAH,
A'AH. AKAK PON ADA TGK SUP JANIN TU. MMG KEJE GILER LA DOWANG NI! isk

TIJAH,
RAMBUT GUGUR? BONTOT AYAM. BONTOT AYAM. BONTOT AYAM. HA...

shiori_LA said...

masa baca paper semalam tu rasa geli je tekak rasa kembang...sanggup dorang makan uri sendiri semata2 nak awet muda.....Ai...ko awet muda sebab makan kepala kambing eh...hahaha

A.I said...

SHIORI_LA,
TAK KAK, AI MAKAN BONTOT AYAM. SKALI NGAN MOLOT NAIK POK PEK POK PEK. ngeh ngeh

bay said...

sembahyang pun tah kemana,hati busuk memang la muka jadi keruh. Xdek nur. Tah ape jadah dok makan benda tu. Bluwek,muntah ijau aku dibuatnya..

Rina277 said...

ai..btul la..mak aku pn ckp nk awet mude amalkn mkn bontot ayam buat sop @ goreng..dia dr anak dara smpi skrg amalkn..aku pn sama berebut mkn dgn dia..xtau la org pandang mude ke x tp aku tang mulut pokpek tue mmg btul sgt2 mak aku plak pendiam ya rabbi..

A.I said...

BAY,
KAN? MKN DAGING SENDIRI, BAWAK GI BOMOH MANDREM..MMG SAH MUKA JD CAM SETAN...isk..

RINA277,
BONTOT AKU SUKA GRG KUNYIT JE. TERANGKAT OOOO! ngeeee...MAK KAU PON CKP GAK YE? TP BLEH PULAK DIA PENDIAM..YG KITA NI MOLOT, MAK OIIII...! ;P

Anonymous said...

yulk!!! tengok uri pun dah geli apatah lagi nak telan..huhu!!

Dalila said...

w.pon aku dh 2 org anak..tp aku tk pernah tgk uri aku sendiri..usahkan uri org lain..ni pes time tgk uri ni...

eh lupa nk citer..semalam aku siap mimpi kt AJ sbb dok baca kisah cinta dia tu.. kih55x kelako..aku pulok dok bercinta ngan dia lam mimpi...

A.I said...

MAKDARA TERDIVA,
KAN? TERGAMAK KE NK MKN ORGAN BDN SENDIRI? cis...DAH LE NIAT MENYEMPANG LAK TU..

DALILA,
kahhhhhhhhhh...KAU MIMPIKAN AJ KE NOK? wakakakaka...SIB BEK KAU X SEBUT2 NAMA AJ MASA MIMPI TU. KALAU TAK, MENJAWAB LA NGAN LAKI KAU! hahaha

Ibu n Abah said...

Ai..
memang bodohnya orang yg nak cantik kena makan uri...
gelinya dengar...
tapi.. dah nak kiamat... apa2 boleh jadi...
(akak pun 4kali beranak, tak pernah dan tak der rasa pun nak tgk uri.. hinggalah Ai tunjuk gambar uri... itupun sekejap.. macam nak fengsan tengok... ngerinyer....)

A.I said...

AKAK,
KAN? MELAMPAU LA DOWANG NI. KONONNYA NK JD CANTEK, SMP SANGGUP MKN DAGING SENDII! erk KAK, 4 KALI KE, 40 KALI BRANAK DAH? hehehehe

klik klik (^_^)