26.7.10

::NISFU SYAABAN::

SETIAP bulan Islam mempunyai kelebihan seperti Syaaban yang penuh keberkatan dan kebaikan. Syaaban datang selepas Rejab sering dikaitkan sebagai bulan persediaan sementara menanti ketibaan Ramadan.

Umat Islam sentiasa menantikan ketibaan ketiga-tiga bulan yang mempunyai keistimewaan terutama hamba Allah yang sentiasa berusaha mencari keredaan Tuhannya dengan melakukan amal salih. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Rejab adalah bulan Allah, Syaaban adalah bulanku (Rasulullah) dan Ramadan bulan umatku.” (Hadis riwayat Anas bin Malik)

Keghairahan umat Islam melaksanakan ibadat puasa sama ada sunat atau ganti pada Syaaban sering dikaitkan dengan kisah Nabi Muhammad SAW yang berpuasa pada Syaaban.

Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah: “Tidak pernah Rasulullah SAW berpuasa lebih banyak melainkan pada Syaaban (selain bulan Ramadan); sesungguhnya Baginda SAW berpuasa sebulan penuh.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Semakin hampir dengan Ramadan, semakin besar ujian dihadapi kerana bagi yang menyedari nikmat melaksanakan puasa sunat, kehadiran Syaaban dimanfaatkan sebagai bulan mempersiapkan diri untuk berpuasa selama sebulan.

Namun, ada juga yang mengambil kesempatan untuk menjadikan Syaaban bulan berpesta makanan kerana memikirkan saat lapar dan dahaga yang bakal ditempuh sepanjang Ramadan apabila semua umat Islam diwajibkan menunaikan rukun Islam ketiga.

Usman Zaid menceritakan: “Saya bertanya kepada Rasulullah SAW, saya tidak pernah menyaksikan banyaknya puasa tuan pada bulan lain seperti pada bulan (Syaaban) ramai manusia lalai mengenainya iaitu di antara Rejab dan Ramadan. Baginda menjawab: Ini adalah bulan segala amalan diangkat kepada Tuhan pemilik sekalian alam. Oleh itu saya amat suka kiranya amalan diangkat ketika berpuasa.” (Hadis riwayat Imam Ahmad dan An-Nasai)

Untuk mendapatkan keredaan Allah, sewajarnya kita memperbanyakkan amalan seperti puasa bersedekah dan melakukan kebajikan digalakkan pada Syaaban supaya amal ibadat diterima Allah.

Walaupun umat Islam perlu meningkatkan keimanan kepada Allah setiap saat denyut nadinya, namun tidak dapat dielakkan, sebagai manusia yang lemah, sentiasa memerlukan suntikan semangat terutama dalam melakukan kebaikan.

Apabila ada panduan yang menaikkan semangat seperti amalan puasa Rasulullah SAW pada Rejab dan Syaaban, contoh murni itu menarik perhatian dengan niat mencari kesempurnaan iman.

Saidatina Aisyah turut menceritakan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah turun pada malam pertengahan (nisfu) Syaaban ke langit dunia dan mengampunkan dosa orang yang lebih banyak dari bilangan bulu-bulu kambing Bani Kalb.” (Hadis riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Selain amalan puasa, umat Islam digalak memperbanyakkan amalan malam seperti solat sunat kerana diceritakan, Khalifah Umar Abdul Aziz memberitahu wakilnya di Basrah: “Hendaklah kamu perhatikan empat malam dalam satu tahun kerana sesungguhnya Allah SWT membukakan pintu rahmat-Nya seluas-luasnya iaitu malam pertama Rejab, malam Nisfu Syaaban, malam Aidilfitri dan Aidiladha.”

Selain amalan untuk diri sendiri, umat Islam sentiasa diingatkan memohon keampunan serta rahmat bagi ahli keluarga, saudara atau sahabat handai yang sudah meninggal dunia kerana kebaikan itu juga menyedarkan kita hakikat hidup di dunia hanya sementara.

Justeru, sementara ada masa dianugerahkan Allah, gunakan sebaiknya dan sentiasa mencari peluang mendalami ilmu agama supaya tidak ketinggalan mencapai rahmat Allah yang ada kalanya datang sekali saja.



AKU NK MINTAK MAAP KAT KOWANG SUME KOT2 LA AKU PENAH KECIKKAN ATI KOWANG. MANA LA NK TAU KAN? KOWANG SAYANG AKU TAK? KALAU SAYANG, KOWANG MAAPKAN AKU YE (^_^) hehehe...
AI LEBIU ALLS!



9 comments:

nome said...

alololo...tetiba entry ko ni buat aku sebak plak...

aku pun cenggitu kat ko kak...kalau ada apa2 kesalahan atau terkasar bahasa..sile maapkan yer....huhuhu....

A.I said...

NOME,
KAU TAKDE APA2 SALAH PON NGAN AKU NOME. TPPPPPPPPPPPP...JANJI KAU AKAN KU TUNTUT 1 HARI NNT. SAISAKI..SAISAKI..SAISAKI..
kahhhhhhhhh

☆ lieya latif ☆ said...

moga kite mendapat keberkatan sempena nisfu syaaban ni kak yeak...amin

A.I said...

LIEYA,
INSYAALLAH, AMIN.... :)

eyqaaman said...

lebiu kak ai jugakk..hehehe..dont stop blogging tauu!! :))

Syafa said...

sama2 kite saling memaafkan yer!!!!

A.I said...

IKA,
AI LEBIU TOO! YELAH IKA KU CAYUNK..TAKKAN AKU BENTI BERBLOGGING SELAGI AKU MASIH BERNYAWA. ewahhhhhhhh

SYAFA,
YE ADIK MERAHKU SAYANG :)

iena hamdi said...

ai lap u gak...

maaf la salah silap aku yer...

A.I said...

IENA,
YE..TP KAU XDE SALAH APA2 PON NGAN AKU :)

klik klik (^_^)