27.1.10

::CURANG::



Dalam satu kejiranan... bermulalah satu cerita dimana isteri jiran sebelah ni jatuh cinta dengan suami jiran sebelah.

Jadi.....korang faham-fahamlah apa yang dia orang buat kat rumah si isteri tuh. Tak disangka-sangka, suami si isteri ni pulang awal dari kerja hari tu. Maka, kelam-kabutlah si isteri dengan boyfriend dia tu bersurai.

Walaubagaimanapun, suami jiran sebelah tu dah tak sempat lagi keluar ikut pintu belakang.Si suami jiran ni pun bagi idea kat si isteri. Lalu si isteri berlari dengan pantas ke bilik untuk mengambil baby oil dengan bedak badan lalu disapunya baby oil pada badan boyfriendnya. Setelah tu, diletakkan pula bedak badan pada badan boyfriendnya sehingga keseluruhan badan boyfriendnya itu kelihatan putih melepak. Lalu boyfriendnya pun berdiri di salah satu sudut rumah dan meng'freze'kan dirinya supaya kelihatan seperti patung. Setelah melalui saat yang genting itu, si isteri pun membuka pintu kepada suaminya yang sudah sekian lama mengetuk pintu. Si suami tercengat seketika apabila ternampak 'patung' itu lalu bertanya kepada isterinya,"aik? ?!!.....dari mana pulak datangnya patung nih??"

"oooo.....patung tuuu. Patung ni saya order dari katalog mak cik sebelah. Baru je sampai tadi." jawab si isteri selamba. "ooooooo.... .begitu." balas si suami.

Tepat pukul 3 pagi, tanpa mengejutkan isterinya, si suami keluar dari bilik tidur lalu menuju ke dapur. Kelihatan 'patung' tu masih berada dalam keadaan asalnya tanpa sebarang perubahan. Setelah tiba di dapur, si suami membuat sandwich lalu meletakkannya di atas trey menghidang bersama segelas susu.

Setelah itu, si suami mengangkat makanan itu lalu berdiri betul-betul di hadapan 'patung' itu lalu berkata, "nah....makanlah. ". Si 'patung' berasa amat terkejut dan takut kalau-kalau si suami mengetahui hal sebenarnya. Dengan selamba, si suami berkata," aik??!!! tak nak??? orang dah bagi makanan ambik la! Saya ni kira baik la..... Tak macam awak........ ..dulu, tiga hari tiga malam saya jadi patung kat rumah awak, jangankan makanan..... .....segelas air pun awak tak bagi!!!!!!"








*esok le aku hapdet psl spital arini ye. malas plak rasa nk mengarang. ngeh ngeh.



12 comments:

Az Rina said...

hahahaha, lawak tul..dicurangi dan mencurangi..erk!! betui ke ni?

ieda said...

kahkahkah...patung tu on 'birthday suite'ke???

ayoi said...

patong tu tgh bogel ke

Eye_nee said...

Cureng beDUET nampakkkkkk.....dah tentulah bugel Yoi...kalau pakai baju...susah nak lumur baby oil tu..tak sama rata nak buh bedak nnt...Ko bebudak lg Yoi....KihKih..

A.I said...

AZ RINA,
HOHOHO...BETOI LE TU ;P

IEDA,
kahhhhhhhhhhhh...A'AH, BIRTHDAY SUITE!

AYOI,
TAK. DIA BOLENG JE (buat2 bodo lak kau kan?)

EYE_NEE,
DAH LAKI CURANG, HARUSLA BINI PON CURANG. JGN MEMAIN NGAN BINI SKANG OOO...JGN DIPERKOTAK KATEKKAN SEORG POMPUAN. KAN KAK KANNNNNN.. ;P

ALA KAK, SI AYOI TU BUAT2 BODO JE TU..! kahhhhh

[s][u][e][h][a][n][n] said...

hahhahaa sengal..hik hik hik

alang said...

Adeh. Mana rembat cerita nie. Mati2 ingt kisah betul tadi. Baru nk suspend. hehe. ;)

LiAnA said...

haha 2-2 laki bini hampehh padan ler tu

Natasha said...

ini kes isteri ku kekasih mu...isteri mu...kekasih ku...hahahahahahhahahahahahah

xi da ya said...

wakakakakaka!!
lawak sungguhhhh

MUMMYMUJID said...

eceh...buat je lah sistem butter... aku ambik bini kau ka ambik bini aku...

A.I said...

SUE,
MMG SENGAL! ekekekekeke

ALANG,
ALA...AKU AMIK DARI EMAIL JE NI (^_^)

LIANA,
MMG PADAN LE TU ;P

NATASHA,
HA! PANDAI PON KAU. SESAMA KONGSI. ngeeeeee

XI DA YA,
wakakakakakakakaka...TLG SAMBONG KAU GELAK

YAM,
KALAU GITU TAK TRILL..DOWANG SUKA SOROK2 GITU, BARU KLIMAKS. ;P

klik klik (^_^)