14.1.10

::RINDUNYA KAT NENEK::


RINDU
sungguh aku kat nenek. Nek 'cik' aku ni sebenornya bukan nenek kandong. Tp dia le yg bela mak aku dari baby. Nenek kandung aku pon dah meninggal. Nenek Siti kami panggil. Kami sayang gak kt dia cuma x brape rapat la sbb jarang jumpa. Ngan Nenek Cik ni dari mmg dah duk skali. Hari2 jumpa, makanya sayang tu lebih la.

Sebenornya sampai ke sudah pon aku x dpt nak terima kekesalan aku x jumpa ngan nenek masa hari dia pergi. Masa tu aku tgh ngandongkan Angah. Kebetulan nenek duk ngan cousin aku, Ayong kat Sentul. Saje jenjalan nk merasa duk kt umah cucu. Dia sebenornya duk ngan mak aku kt Melaka.

Pagi tu aku ada ckp ngan laki aku, nk gi tengok nenek. Mcm tak best plak aku gi sorang. So, aku ajak la iena skali. Iena plak masa tu ada hal. Dia ajak gi hari lain. Aku pon ok je sbb nenek duk kat sana lama. Tak jadi hal la..

Tup2 malam tu abg long aku call. Dia lak mmg tau aku adalah antara cucu yg terapat ngan dia. Masa tu plak aku kan bunting. Makanya Abg long pon cakap berlapik. "Intan, Abg Long nk bagitau ni. Td dapat berita yg nenek dah takde. TAPI tak kompom tau. Abg Long pon x tepon Ayong lagi" walhal masa tu mmg dah sah nenek dah takde. Dia takot aku trauma je. huhuhu

Aku mmg rasa lain macam masa tu. Yelah, benda2 camni mana bleh buat main2. Nenek plak mmg tak sakit apa pon. Dia adalah seorg tua yg sangat sihat. Lps dpt call tu aku trus siap2 anak branak skali ngan Iena gi bertolak ke Sentul. Masa park kete kat bawah aku dah jerit2 dah cakp mmg betol nenek dah takde sbb masa tu dah tgh malam. Aku nampak umah ayong terang benderang ngan ramai org. huhuhu..tak dapat nk bayangkan keadaan aku masa tu. Ngan pewot aku..

Smp je kt umah Ayong, aku trus nampak terkujur mayat nenek. Dah siap bertutup. Org ramai tgh baca Yassin. Mmg aku tak tunggu dah. Aku terus terpa mayat nenek. Terus ciom, pelok... :(

Esok paginya pon aku join anak cucu dia yg lain mandikan mayat. Memula org tua ug uruskan jenazah tu x kasi aku join sbb aku tgh bunting. Ohoooooo..pedulik apa aku!! Ni nenek aku la! huh! last2 dpt gak aku mandikan jenazah. Lps tu kan ada sesi cium? aku cium berdecup2 muka nenek aku sampai bedak sejuk yg ditepek kat muka dia melekat kt muka aku! sampai org tarik badan aku! (sama kes ngan masa aku cium jenazah abah). Sampai kene tarik..suh stop kiss kiss :(

Tp tu ler ajal kan? Ayong aku criter blk ms malam tu kul 8:30 elok je dia lepak2 ngan cucu cicit dia borak2 kat ruang tamu. Dalam kul 10 tu dia nk masok bilik nk tido. Masa baring tu tetiba je dia ckp ngan Ayong aku dia rasa cam tak sihat "nape cik ni ani?" (dia mmg bahasakan diri 'cik'). Masa tu dia berdiri nk gi toilet. Nak buang air besar katanya. lepas tu dia baring balik. Tp keadaan dia dh tak bape stabil. Ayong ckp, dia ada panggil nama cucu kechentaan dia, AJ. huhuhu..Ayong pon masa tu dah call family tedekat termasoklah mak aku yg ada kt melaka. Cicit2 dia masa tu ada kt sana lagi. Jadi, dowang le yg adap nenek. Tak lama pon dia nazak. Kejap je. Dlm kul 10 lebih tu dia meninggal. Sama cam Abah aku. Nazak kejap je. Alhamdullilah Allah permudahkan cara dowang pergi.. Al-Fatihah


Tanah Perkuburan Kg Puah, Setapak
(ye ke setapak? rasanya la kot)

15-08-2004

dah lama x ziarah kubur nenek.

dekat je ngan opis aku.

tp takkan aku nk gi ziarah time keje plak.
Dah le sunyi tmpt tu.

mau ada yg merogol aku plak ;P


Kitaorg gi ziarah ms on the way nk ke TT aritu.
Ada plak kucing kat kubur nenek ni.
manja plak tu.
dari kitaorg dtg smp le masa nk balik, elok je dia duk kt situ..

kau tlg jaga kubur nenek aku ke meow?

Adek takot ngan meow tu sbb nk meleser je..
manja giler ooo meow tu..


tengok le tu..


Insyaallah, ada rezeki nnt ingat nk belikan batu bata utk penghadang kubur.
tanah dah flet benor.
mungkin sbb terhakis ngan air ujan..



"Assallamualaikum Ya Ahli Kubur"





11 comments:

aj-saudagar-butik-cintaaliahgallery said...

AL FATIHAH utk Arwah Nenek & Abah & sume yg dah meninggal dunia....Amin

~~ciklinn~~ said...

al fatihah utk arwah...

kak ai tingat aku dulu masa kecik2 sekolah agama.... masa asar kami wajib gi masjid.... masa tu tka buat jalan khas lagi tau... makanya kami kenalah lalu kuburan belakang masjid tu... ko bygkan..tiap kali aku lalu kubur kan.."assalamualaikumm ahli kuburrr".... ha berpuloh2 salam aku bagi..hehehe...

[s][u][e][h][a][n][n] said...

al fatihah untuk arwah nenek n abah k.ai..amin

nome said...

semoga arwah nenek ko ditempatkan di kalangan org2 yg beriman...sayu aku membaca entry ko ni...

A.I said...

AJ,
AMIN. huhuhuhu

CIKLINN,
A'AH, LALU JE KT KUBUR..BG SALAM. TP KAU MELAMPAU LA. BERPULOH2 KALI PLAK. ahaks..

SUE,
AL-FATIHAH

NOME,
TERKENANG2 JE.. :(

AMIEROZIANA said...

baca entri ni terus ingat kak nenek saya gok....saya panggil mok (org ganu)...alhamdulillah masih sihat lagi umur dah masuk 80 dah....

alfatihah pada yg dah pergi.....

A.I said...

ZIANA,
AKU DH TAKDE NENEK..Al-Fatihah

el said...

alfatihah tuk arwah
huhuhu sedih ku bc ini alkisah
rapat betul korg ngan nenek

klik2 nuff dell

PuRpLeLiCiOUs LoVe said...

al-fatihah tuk arwah...
setiap yang hidup pasti akan mati..kita nanti xtaw la macam mana lagi kan..:( takut kan.. dan semoga roh arwah akan di perlihara dan di tempatkan dikalangan orang2 yang beriman AMIN..AMIN...

Dj Epoi said...

Al Fatihah

Bagus kalau kita sama2 mengigati hari mati kita..weihhhh

ini ada satu yang Gua ingin kongsikan ngn semua pelayar2 blog kau....

Check kat sini..

A.I said...

ALFATIHAH...

klik klik (^_^)