30.1.10

::LAOK ORG TAK SIHAT + MALAS::

16 PENGOMEN


CEKODOK BILIS BLEND WITHOUT BAWANGS

siap sedia utk dimakan pada jam 8:30pg


SAMBAL CILI API SARDIN MELECET JUBO

siap dimasak pada jam 9:00pg


AYAM GORENG SEGERA AYAMAS

siap digoreng pada jam 9:15pg


Siap!
Nak rehat jap (^_^)




-tghari kang nk kuar gi amik laki aku kt tmpt keje dia yg penoh ngan
warga yg menyambut thaipusam.

achocho!!




29.1.10

::THAIPUSAM::

16 PENGOMEN


AMIK
kau!! Pagi tadi tak pasal2 2 jam baru smp opis. Merasa mak! hohohoho. Dah le dgn tak tidonya dari malam tadi. Rasa cam nk muntah je dlm kete. Jem giler babi punye wei!! Al-maklum la, esok kat Hari Thaipusam. Tp semalam pon dowang dah stat ramai kt Bt Kep tu. Hari ni lagi le ramai manusia. Dari Selayang jalan dah stuck. Kt Bt Kep ada jalan tutup plak. Makanya harusla kene tempoh gak jem ni.

Tp yg peliknya tu, dah le stat tahun ni KL coti sempena thaipusam. Tp bleh lak jatuh hari Sabtu! Apakah??!! ish...


dari Selayang dah sangkut


harus carik alternatif lain...
jom naik fly overrrrrr


mak aiiiiiii...giler maot punye jem!


merasa la aku jalan koboi ni.
toing2 body cik kia joget dangdut.
ekekekekeke


kuar kt mrr2, still jem jugak.
tp atleast, kami dpt potong jalan smp sni.
hohoho


umang aiiiiiiiiiii


senyuman keliwon yg penoh kepura-puraan

(ntah nape nampak licin plak muka aku. kene pantulan cahaya matahari kot. pada hal muka aku skang ni tgh menggerutu.
tu nnt aku criter kt kowang ye..
sob sob sob :( )


sian laki aku, dh le arini kene gi hantar ikan ke Pengkalan Hulu nu..
lambat plak smp tmpt keje..
huhuhu


aik!! apa la yg kau buat tercegat kt situ kak oooii??
kene badi wel-wel kah?


jaoh ooo dowang jalan kaki


dowang jalan lagi laju dari kete.
amacam??





tutup plak jalan.
kene pusing jauh skit le nk hantar laki aku..

sebelom kawen dulu, cam wajib je aku dtg batu kep time gini.
aku minat tul tengok dowang cocok2 tu.
badan dowang dah masuk setan..
dah tak ingat apa.
Dari kecik aku mmg selalu gi sana time thaipusam ni ngan geng2..
tp dah berbelas tahun tak tengok.
takmo la pegi skang ni.
dah le aku mcm ni. mau ada yg kene sampok plak kang.
lagi pon, kalau aku ajak laki aku pon, kompom dia takmo.
ekekekekeke


esok pagi sure penoh tangga ni wei!


harus ada funfair


tahun ni agak tersusun skit..
sume nampak mcm well organise la,
dari yg dulu tu..
bersepah2 org menjual.
skang ni ada gak, tp dah kurang..



sib bek la balik ni takyah gi amik laki aku dulu.

dia terus blk bawak lori je nnt.

so, senang le aku balik ikut atas mrr2 tu terus..
lalalalalalala



::TOKEI KODI::

12 PENGOMEN

BALIK
keje smalam, kami tak terus balik umah. Aku call mak mintak tlg jagakan bebudak tu kat umah jap. Aku ada mission penting nk diuruskan. jeng jeng jengggggg.....



muka sombong si tokei kodi,
memakai spek mata $5 yg dibelinya di Giant Batu Caves
hampir setahun yg lalu


scandal si tokei kodi


Ngeeeeeeee...dah brape bulan aku tak jalankan bisnes jual tudung murah aku kan? Ni aku nk sambung balik perjuangan aku. Masa aku taip ni aku tgh hapdet blog KEDAI aku. Skang ni pon dah pukul 3:55pg. Yes. Kalau aku dah stat jual blk tudung, mmg camni le aku. Berjaga smp ke pagi nk hapdet blog kedai aku tu. huhuhu...Ni pon sebenarnya aku gamble je kuar modal guna $ gaji aku yg tak brapa nk ado tu. Mudah-mudahan dipulangkan balik modal ni. Kalau boleh, bior le dpt untung skit. Makanya, kowang harus membeli tudung ngan aku! muahahahahaha..(eh, boleh ke paksa gitu?? ;P)


bila aku smp je sni, kompom kekecohan melanda!
"dia dah mai dahhhhhhhh"
dowang tau aku ni kaki selongkar.
yelah, harus aku duk bersila kt situ pilih tudung yg elok2 je.
tu dh mmg style aku.
dowang pon dah tau..giler bapak punye detail aku pilih.
kemas la kowang balik! kang takde keje plak kowang kan?
miahahahahahahahaha (tokei kodi gelak setan)


"udah-udah le selongkar tu kak. jenoh saya nk kemas blk ni kang"


pilih pilih pilih


lalalalalalalalalalaa


try kau kira, cukup tak 48 kodi???
(melampau, ngalahkan nak niaga kt psr mlm plak kau pompuan!
verangan lebey..)

so, kengkawan..sila la memborong kat kedai saya ye..
murah2 aje (^_^) - edisi mempromot diri sendiri

KEDAI AI




28.1.10

::NOTE DARI ANGAH::

30 PENGOMEN


cute je kan? (^_^)

Yang lawaknya tu perkataan 'Dua' tu ntah nape dia tulis asing. ekekekekeke..
ni note yg kedua dia penah buat utk reminder sejak skolah rendah ni.
Aritu dia bagi aku kertas tulis
'mama cikgu nak gambar angah 4 keping'
Mmg aku ada pesan ngan dia. Apa je yg cikgu pesan,
tulis dlm kertas / buku conteng.
Nnt smp umah takut terlupa pulak kan..


tak yah bazir duit angkut anak gi foto zoom tu.
aku amik sendiri gambar dia kat depan pintu jamban,
edit skit, pehtu print je kt opis.
abis criter!


memperguna pakai kertas gambar yg
HP kasi free ms beli catridge printer opis.
hohoho


jadi le tu...





::SAMA JE::

24 PENGOMEN

KOWANG nk sangat tengok mayat, nnt aku tepek gmbr mayat bebanyak kt sni. Mau???
;P


Smalam cam yg aku rancang tu jugak le. Smp kt spital dlm kul 7 lebih, carik port baik punye park kete. Naik gi cafe dulu, makan nasik goreng pehtu beli paper, masok kete balik. Tp tak duk depan. Aku lepak kt seat blakang. Turunkan tingkap skit, baca paper baru bobom. Tp harus le aku alarmkan enpon aku. Kalu tak mau terlajak aku tido. Naya je.


lepak2 baca paper dulu


dlm kul 8 lebih, parking dah penoh!
meroyan sungguh la spital selayang ni.
ramai sgt yg berpenyakit kot ;P


yg park camtu pon ada..
konon tak tarik handbreak le.
depan aku ni pon ada sebijik, tp sipi2 je.
kiranya bleh la aku keluar himpit2.
tak kose aku nk tolak2 kete org. huh!


tembam dah pp aku kan??
hohoho, aku adalah sgt gumbira sbb berat aku dah naik.
Aritu 43kg je, smalam aku timbang dah naik 46kg.

LALALALALALALALA...


Aku tido smp kul 9:40, tepek2 bedak skit baru naik.
Dah register apa sume, ngam2 je aku smp kat klinik pakar tu kol 10:15.
tunggu kejap, trus doc panggil (^_^)


OK, smalam aku dpt jumpa ngan Dr yg cantik comel, Dr. Linda. Cam biasa gak result aku tak bape nk cantek. Protein dlm urine aku turun skit je 3+ (max 4+). Doc smalam bgtau aku yg sakit aku ni mmg TAK MUNGKIN akan sembuh. Sakit igA ni tak ada banyak cara treatment. Cuma skang ni doc hanya nk monitor je. Mmg buah pinggang aku dah rosak, tp masih boleh berfungsi. Jd skang ni mmg tak memerlukan aku berdialisis. Cuma doc ckp smalam, dialisis tu mmg akan aku hadapi. tp lom tiba masanya je lagi. Hrrmmmmm..kene bersedia dari skang ni. hohohoho..

Selsema aku yg dah berbulan2 tak elok ni pon dia tukarkan bg ubat lain. Dia try kasi ubat elergic. Doc ckp sepatutnya progress rosak aku lambat lepas makan steroid dulu tu. Masalahnya ubat tu sendiri tak memberi kesan kat buah pinggang aku. Still tahap protein kuar tu banyak. Tp syukur sgt le sbb doc kata masih bleh berfungsi. Jgn mengandung sudah. Sbb dia ckp mengandung adalah salah satu punca buah pinggang aku akan rosak teruk, dah kebarangkalian utk dialisis adalah amat tinggi (ayat doktor
;P).

Kan dah aku ckp, benda yg sama je bila aku jumpa doktor. Just dowang nk monitor & tentukan ubat apa yg aku kene continue makan. Cam skang ni ada 6 jenis ubat aku kene telan. Ubat darah tinggi je 3 bijik! ada ubat kolestrol, ubt kencing, ubat elergic, tramadol (utk tahan sakit bg aku lalok
;P). Meriah ubat aku kan? dulu lagi dasyat ooo...sejenis kene makan 12bijik sekali gus! masa tu ada 5 jenis ubat yg aku kena telan tetiap hari. HOHOHO..meriah noks!

Mekaseh utk kengkawan yg mendoakan aku.
Kalian la salah satu PENYERI HIDOP aku.


AI LEBIU ALL




27.1.10

::MAYAT::

12 PENGOMEN

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat di sebuah hospital untuk menyiasat punca
kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.

Polis: Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?


Penjaga: Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua
pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.

Polis: Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?

Penjaga: Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...






::CURANG::

12 PENGOMEN


Dalam satu kejiranan... bermulalah satu cerita dimana isteri jiran sebelah ni jatuh cinta dengan suami jiran sebelah.

Jadi.....korang faham-fahamlah apa yang dia orang buat kat rumah si isteri tuh. Tak disangka-sangka, suami si isteri ni pulang awal dari kerja hari tu. Maka, kelam-kabutlah si isteri dengan boyfriend dia tu bersurai.

Walaubagaimanapun, suami jiran sebelah tu dah tak sempat lagi keluar ikut pintu belakang.Si suami jiran ni pun bagi idea kat si isteri. Lalu si isteri berlari dengan pantas ke bilik untuk mengambil baby oil dengan bedak badan lalu disapunya baby oil pada badan boyfriendnya. Setelah tu, diletakkan pula bedak badan pada badan boyfriendnya sehingga keseluruhan badan boyfriendnya itu kelihatan putih melepak. Lalu boyfriendnya pun berdiri di salah satu sudut rumah dan meng'freze'kan dirinya supaya kelihatan seperti patung. Setelah melalui saat yang genting itu, si isteri pun membuka pintu kepada suaminya yang sudah sekian lama mengetuk pintu. Si suami tercengat seketika apabila ternampak 'patung' itu lalu bertanya kepada isterinya,"aik? ?!!.....dari mana pulak datangnya patung nih??"

"oooo.....patung tuuu. Patung ni saya order dari katalog mak cik sebelah. Baru je sampai tadi." jawab si isteri selamba. "ooooooo.... .begitu." balas si suami.

Tepat pukul 3 pagi, tanpa mengejutkan isterinya, si suami keluar dari bilik tidur lalu menuju ke dapur. Kelihatan 'patung' tu masih berada dalam keadaan asalnya tanpa sebarang perubahan. Setelah tiba di dapur, si suami membuat sandwich lalu meletakkannya di atas trey menghidang bersama segelas susu.

Setelah itu, si suami mengangkat makanan itu lalu berdiri betul-betul di hadapan 'patung' itu lalu berkata, "nah....makanlah. ". Si 'patung' berasa amat terkejut dan takut kalau-kalau si suami mengetahui hal sebenarnya. Dengan selamba, si suami berkata," aik??!!! tak nak??? orang dah bagi makanan ambik la! Saya ni kira baik la..... Tak macam awak........ ..dulu, tiga hari tiga malam saya jadi patung kat rumah awak, jangankan makanan..... .....segelas air pun awak tak bagi!!!!!!"








*esok le aku hapdet psl spital arini ye. malas plak rasa nk mengarang. ngeh ngeh.



::DATING KT SPITAL::

14 PENGOMEN

HARINI tghari baru aku opis. Nk gi dating ngan tuan doktor. Biasanya aku amik je MC. Tp skang ni aku rasa cam payah sbb kalau aku blk umah, nnt ely nampak aku. Dia kan kt sebelah tu je. Dah le nnt aku kene kuar balik amik laki aku kt tmpt keje dia. So, aku decide nk amik time slip je karang. Appt aku kul 10:30a.m. Mmg bahagian Nefrologi ni jumpa doktor ikut time yg dia bagi. Kalau kau smp kt situ kul 7pg sekalipon, nama kau tetap akan dowang panggil ikut time yg dah dowang bagi. Makanya, cam biasa le..lepas hantar laki aku kt tmpt keje dia, aku direct gi Spital, park kete ngan JAYAnya sbb org tak ramai lagi kul 7 lebih tu. Carik port baik punye, tido dulu dlm kete.
ngeh ngeh...


K lah, smp opis nnt aku hapdet kat kowang ye...bubye..lebiu all!!



(oto publish je ni)




26.1.10

::BESONYE!!::

16 PENGOMEN


BESO-BESO ujan yg turun ari Ahad aritu.
Aku mmg perasan, semacam je ujan kali ni.
Mcm nk jadi ujan batu plak. J
angan kowang x tau, gambar2 ni laki aku yg amik.
Aku pon x tau ntah bila masa.
Pandai dh dia carik bahan nk sumbat dlm blog ni.
ekekekekeke...


'tebal' sungguh air ujan tu...


ni kalau kene kt badan musti rasa sakit kan?


klik klik (^_^)

 

My Life as a Mother and Wife Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei