Semoga kau akan terus sukses dalam baking membaking ye besen. Anak kita kawen sok, takyah gi tempah kek bagai. Kau leh buat sendiri kek 15 tingkat tu kan?? kan besen kan?? apa2 pon, aku mmg kagum ngan kau. Serba boleh! ai lebiu...
~ai lebiu all~
~dibaca selepas solat Asar
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
Inilah SYORGA aku anak branak. Walaupon umah aku ni kecik, tp syukur kami anak branak selesa duduk dirumah sendiri. Kiranya cam aku le, kemana pergi pon jamban kt umah gak yg aku selesa jubo aku nak berak. Woi Rina Tembun! umah aku ni bukan KONDO! umah aku FLET KOS RENDAH je..huhuhu..
eh, mari lah..JEMPOT LA MASOK..
Elehhhhhhhhh…pompuan ni saje je nak amik gambar punye pasal, kemas2kan umah!!!
Alooooooooo!!.umah aku ‘kebiasaannya’ mmg camni le rupa dia. Aku ni mmg takleh nk tengok umah berserabut + kotor. Mau meroyan aku! Lelagi ruang dapor. Umah aku ni kalau kowang masuk mmg jumpa dapor dulu. So, aku akan pastikan dapor aku sentiasa kemas + bersih. Untuk kesedapan mata aku & mata org yg dtg jugak. Sampaikan penah dulu jiran aku tegor aku “hei intan..kau ni tak masak ke? Kemas je dapor gas kau ni”. (oh ye..saya juga dipanggil intan oleh jiran tetangga) Aku mmg takkan biarkan ade pinggan koto kat dlm sinki aku. Ade je, trus basuh. Yelahkan, dapor aku ni mmg betul2 sekangkang kera. Memang masuk trus nampak dapor gas + siniki aku. Kadang tu adalah jugak anak2 aku main kat ruang tamu ni. Tp dah mmg aku didik, pas main kene simpan balik menan tu. Kalau takkkkkkkk…AKU CAMPAK! Tp si BB dah sinonim sgt ngan ugutan aku tu. Sampai ada 1 hari tu dia ngan angah men kat ruang tamu. Pastu aku ckp “ingat tau..pas main simpan balik ok? Kalau tak mama campak sume kat bawah!” . yg angah ni cembeng, aku baru ugut camtu dah nangis. Tp si BB siap sound aku balik “ha..mama. cepat la buang. BB nak tengok. Cepat la mama..” ishhhh…geram tul aku ngan budak sekor ni tau! Hihihi..
Ha..nak tau kat mana ‘stesyen kapal karam' kt dlm umah aku ni? Ni….KAT SINI..