16.4.09

::NASIB MANGSA MOTO TERPUTUS DUA::

myMetro

Badan Putus Bawah Treler

Oleh Ahmad Tajol Ansar Ibrahim dan Mohd Fuzi Lateh
am@hmetro.com.my


RAWANG: Tubuh seorang pekerja swasta putus dua manakala motosikalnya hancur sebaik dihempap sebuah treler sarat membawa muatan kabel elektrik yang terbabas dan terbalik melintang jalan di Kilometer 24, Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, Pekan Rawang, dekat sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, seorang lagi penunggang motosikal dan pemandu treler terbabit dikenali sebagai Ismail Desa, 30, turut cedera parah dalam kejadian itu.

Penunggang motosikal berkenaan yang identitinya belum diketahui dipercayai tidak nampak treler berkenaan melintang jalan akibat cuaca gelap lalu merempuhnya.

Kedudukan treler yang melintang jalan itu juga menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan itu sepanjang lebih lima kilometer dan keadaan hanya pulih kira-kira jam 3.30 petang selepas treler itu dialihkan.


Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, ketika kejadian keadaan jalan di lokasi kejadian basah dan licin berikutan hujan beberapa jam sebelum itu.

“Polis percaya faktor jalan licin menjadi punca pemandu treler dengan muatan seberat kira-kira 10 tan berkenaan hilang kawalan sebelum terbabas.

“Berikutan keadaan itu, treler yang dipandu lelaki terbabit terbalik lalu melintang jalan sekali gus menutup laluan ke arah Kuala Lumpur,” katanya.

Katanya, seorang penunggang motosikal maut akibat dihempap treler berkenaan manakala seorang lagi penunggang motosikal tidak sempat mengelak lalu merempuh treler itu cedera parah.

“Akibat insiden berkenaan, kesesakan lalu lintas berlaku bermula dari Plaza Tol Rawang dan persimpangan Sungai Choh sepanjang lebih lima kilometer.

“Treler itu dapat dialihkan kira-kira jam 3.30 petang.

“Polis mengenal pasti identiti mangsa yang mati di tempat kejadian sebagai Gursharan Singh Suljit Singh, 24, dari Taman Tun Teja, dekat sini.

“Mangsa dipercayai dalam perjalanan ke ibu kota sebelum treler berkenaan dikatakan secara tiba-tiba memasuki haluan bertentangan dan merempuh besi pembahagi jalan sebelum terbalik menimpa motosikal mangsa.

“Akibat rempuhan kuat itu, mangsa dipercayai dihempap lori yang terbalik ke sebelah kanan jalan mengakibatkan motosikal yang ditunggangnya remuk.

“Mangsa disahkan mati di tempat kejadian berikutan cedera parah di beberapa bahagian tubuhnya sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya.

Dua lagi mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Selayang bagi rawatan selanjutnya.


Nota Jubo : Jiran aku yg patah riuk tangan dia tu takde la parah mana pon. Dia stabil. Cedera di kepala & tangan. Aku doakan mudah-mudahan kita sume dijauhkan dari malapetaka macam ni..Berhati-hati dijalanraya!

7 comments:

el said...

balas nota jubo ko: aminnnn

nita said...

Al-Fatihah..

elly @ suely said...

ishkk mintak djauhkan la...

cik helena said...

alahai sedihnye,.camanela dia hadapi saat2 tu,.

zAnNa@mAMaBaTriCE said...

ya allah kak
putus dua kak...masya allah...ngeri ler...

biasa arr kak.
reporter nie kalu report melebih2...he he he

nasz said...

ngerinye...

Lady Dyla said...

scary mery~~~

syukur stkt ni still in 1 piece

klik klik (^_^)